fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Tips Produktif di Bulan Ramadhan

Ramadhan bakal mengetuk pintu rumah kita tidak lama lagi. Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang amat istimewa dan unggul kerana Allah SWT mencurahkan pahala, rahmat dan keampunan-Nya pada setiap detik sepanjang Ramadhan tanpa henti berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh yang demikian, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan pada bulan ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”      (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Ibadah puasa adalah ibadah rohaniah dan jasadiah. Apabila ibadah puasa dilaksanakan dengan menjaga sunnah dan adab – adab berpuasa maka hasilnya akan membentuk seorang hamba yang benar-benar bertaqwa di sisi Allah SWT. InsyaAllah. Namun, bukan mudah bagi kita sebagai manusia biasa untuk menahan lapar dahaga selama lebih kurang 12 jam (atau lebih) sambil mengaut pahala. Disebabkan itu, kita hendaklah sentiasa produktif dan bersemangat dalam menghadapi bulan Ramadhan.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tips untul kekal cergas dan produktif pada bulan Ramadhan :

 

1 – Jangan tinggal sahur

Sahur adalah sangat penting bagi orang yang berpuasa. Jikalau kita tidak bersahur, kemungkinan untuk cepat penat atau letih adalah lebih besar berbanding orang yang bersahur. Bagaimana mahu menunaikan ibadah kalau awal pagi sudah letih, lemah, lemau?

Daripada Amru bin al-‘As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”. (Hadith Riwayat Muslim)

Bersahur sebelum Subuh merupakan sunnah Rasulullah SAW. Bangunlah sejam sebelum Subuh. Makanlah makanan yang mengenyangkan seperti nasi dan roti lalu, minumlah air secukupnya. InsyaAllah dengan bersahur kita dapat mengurangkan kelaparan dan kedahagaan di siang hari.

2 – Qailullah (tidur tengah hari / nap)

Qailullah atau dikenali sebagai ‘napping’ adalah amalan tidur sekejap di siang hari yakni pada sebelum atau selepas waktu Zohor. Ia adalah sangat penting untuk mengembalikan kecergasan dan kesegaran dalam kehidupan sehari-hari.

Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk qailullah, cukup sekadar 20 hingga 30 minit sahaja. Dikhuatiri jika melebihi had in akan menjadikan kita berada dalam ‘sleep mode’. Hal ini akan menjadikan kita mengantuk dan lemah untuk meneruskan aktiviti atau pekerjaan.

“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sebernanya, tidur di pertengahan hari adalah perkara yang sangat dianjurkan dalam Islam. Qailullah adalah budaya masyarakat Arab dan umat Islam terdahulu, terutamanya pada musim panas dan bulan Ramadhan. Ia juga adalah amalan para ulama’ sebagai persediaan untuk menunaikan solat-solat sunat dan tahajjud pada malam harinya.

Pada peringkat awal untuk membiasakan diri dengan rutin ini, kerap kali akan terlajak, itu pasti. Namun, perlu kita pastikan mempunyai kawan atau ibu uang mengejutkan. Lama kelamaan, insyaallah, kita akan terbiasa juga dengan amalan ini.

3 – Buat jadual

Sebernanya, mempunyai jadual memberi banyak manfaat apatah lagi, semasa bulan Ramadhan. Membuat jadual menjadikan kita seorang menepati masa dan berprinsip.

Bina jadual khas digunakan sepanjang bulan Ramadhan supaya masa digunakan dengan lebih efisyen dan teratur. Tentukan masa untuk bersahur, membaca Al – Quran, solat Tahajjud dan lain – lain.

Jika rasa leceh atau malas untuk membuat jadual, beli saja planner dan tentukan masa – masa beribadah dan banyak lagi. Amat disyorkan untuk membeli planner khas untuk bulan Ramadhan sahaja kerana ia mempunyai banyak fungsi sampingan yang bisa digunakan.

4 – Berbuka puasa gaya Rasulullah SAW

Umat Islam dianjurkan untuk menyegerakan berbuka puasa apabila tiba waktunya. Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Banyak manfaat  yang diperoleh dalam menyegerakan berbuka.

“Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)                                                                  

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW semasa berbuka adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa, yakni makanan yang manis.

Daripada Hazrat Anas bin Malik : “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan ruthab (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad, hasan sohih)

Cara ini dapat memudahkan seseorang untuk menunaikan solat dalam keadaan tidak terlalu kenyang dan tidak mengantuk. Ramai diantara kita yang mengabaikan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa lalu makan dan minum sehingga kekenyagan dan melengah-lengahkan solat Maghrib. Padahal, kita digalakkan supaya mengisi perut sekadarnya.

5 – Lakukan kerja selepas sahur

Ketika sedang berpuasa, ada beberapa perubahan mengenai waktu produktif dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti belajar, bekerja dan lain-lain. Jika biasanya waktu efektif melakukan sesuatu pekerjaan adalah selepas sarapan dan makan tengah hari (lunch), maka ada perubahan yang waktu yang perlu disesuaikan. Selama berpuasa, waktu produktif saat bekerja adalah setelah sahur dan setelah berbuka puasa. Jadi, bekerja saat waktu masih fajar bisa menjadi waktu yang tepat, karena anda telah mengonsumsi cukup makanan dan minuman. Manfaatkan waktu ini untuk menyelesaikan pekerjaan yang bersifat penting dan membutuhkan lebih banyak konsentrasi.

Sebaik mungkin, lakukan seluruh kerja yang lebih penting dan susah di pagi hari dan pada waktu petang yang mungkin lebih mencabar, siapkan kerja lain yang mungkin lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

Sesungguhnya, terdapat banyak kebaikan berpuasa tetapi kita menjadi kurang produktif dengan alasan kita tidak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi.

Merujuk pepatah Melayu, ‘Alah bisa, tegal biasa’, mungkin pada mulanya, kita mungkin akan berasa penat, letih dan terbeban dengan berpuasa namun, lama-kelamaan kita pasti akan terbiasa dengan rutin tersebut, InsyaAllah.

Ketahuilah, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!

-Alia Hazha

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.