fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Peranan Sungai Dalam Peradaban Melayu

Dua yang Berjodoh

Fahri : “sebelum aku ke sini, sebenarnya ada dua hal yang bikin aku kagum sama Mesir. yaitu al-Azhar dan sungai Nil, karena tanpa sungai Nil, tidak ada mesir dan tidak ada al-Azhar.”

Maria: “aku juga suka sungai Nil, kalau tidak ada sungai nil, pasti tidak ada Mesir, tidak ada peradaban, yang ada hanya gurun pasir. kamu percaya akan jodoh, Fahri?”
.
Fahri: “ya, setiap orang memiliki….”

Maria: “… jodohnya masing-masing. itu yang sering kamu bilang”. “aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh, senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan tuhan dari langit”

Dialog yang dirakamkan daripada Filem Ayat-ayat Cinta (2008) daripada seberang yang ‘pecah panggung’ suatu waktu dahulu.

Intinya “sungai dan peradaban adalah dua serangkaian” yang tidak dapat dipisahkan. Sungai, adalah karya Tuhan. Ia bahagian daripada tanda-tanda kebesaran Tuhan yang dianjurkan supaya manusia memerhati, mengambil faedah dan memeliharanya.

Kewujudan sungai adalah jawapan terhadap soal asas yang sering dibangkitan tentang permulaan tamaddun. Apakah yang menjadikan sesebuah tamaddun muncul dan berkembang? Sistem kepercayaan dan sistem perhubungan. Kedua-dua ini menjadi faktor utama (major factor) yang menentukan. Tentang sungai, kita lihat, Sungai Nil dan Mesir, Sungai Hwang Ho dan China, Sungai Indus dan tamadun Indus, Sungai Tigris dan Euphrates dan Mesopotamia. Contoh-contoh ini dapat diperhitungkan akan kepentingan sungai sebagai nukleas yang membekalkan sel hidup kepada tamaddun.

 

Ilham Para Penyair

Seperti skrip filem di atas yang berupa syair indah. Subjek tumpuannya tentang alam yang berisi kepadanya berbagai tanda-tanda yang membuktikan keesan Tuhan. Dengan adanya sungai, munculnya tamaddun. Di perutnya sumber makanan, di lembangannya, tanah subur, di dadanya kapal belayar. Sungai juga menumbuhkan ilham para penyair. Menjadi lagu para pemuisi dan lukisan para seniman. Belum pernah orang bicara tentang keindahan yang mereka lukiskan itulah hutan-hutan batu yang keras. Supaya manusia berfikir, maka dikirimkan alam yang kepadanya ditumpangkan sungai-sungai mengairi kehidupan manusia. Roh dan jasadnya nya perlu dibasahkan oleh pesan-pesan Tuhan.

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan kepadanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan daripada tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan kepadanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.”

(Ar-Ra’d 13:3)

Diciptakan sungai-sungai daripada percikan mata air yang berhulu di kaki-kaki gunung, lembah bukit bukau yang menjadi perdu tadahannya. Kemudian ia mengalir, dalam arus yang masih berpencar, berhempas batu kerikil, akar-akar kayu yang berseliratan menuju ke anak sungai dengan membawa arus yang jernih bersih. Daripada anak sungai ini kemudian mengalir ke sungai besar dan menuju laut. Sungai membekalkan manusia kegunaan untuk menyokong sendi kehidupannya. Bekalan makanan sebagai sumber protein, sistem perhubungan adalah dua komponen untuk kehidupan manusia bertumbuh.

Allah SWT juga mengkiaskan pengakhiran terbaik yang dijanjikan olehNya kepada manusia (yakni syurga) sebagai sebaik-baik tempat kembali berupa ‘perkebunan’ yang di bawahnya terdapat sungai-sungai yang mengalir jernih.

“Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) daripada Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan)”.

(A-li’Imraan 3:198)

Arus Sejarah Malaysia

Dalam konteks Malaysia, Melaka yang dicanang sebagai kesultanan paling banyak menghiasi masa klasik negara ini bertapak di Bertam, Muara Sungai Melaka. Ia kemudian berkembang menjadi sebuah kesultanan yang besar sehingga disebut sebagai jajahan takluknya hampir di seluruh dataran dan Kepulauan Melayu. Akarnya bermula di tebing sungai juga.

Kota Tinggi yang menjadi asas pembentukan kerajaan Johor Riau yang kemudiannya kerajaan Johor moden hanyalah bermula di tebing Sungai Johor sebelum berkembang menyebarkan pengaruhnya ke sebahagian Kepulauan Melayu. Tun Seri Lanang dilahirkan di pinggir sungai ini,  kemudiannya mula menulis tentang Sulalatus Salatin entah bermula daripada ilham ketika menatap arusnya.

Penerokaan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan mudik melalui Sungai Muar dan Sungai Linggi sebelum tiba dan membina kehidupan di Rembau, Kuala Pilah dan daerah sekitarnya. Perantau dari pulau sumatera itu memanfaatkan sungai sebagai jalan perhubungan terbaik ketika jalan di daratan masih belum diteroka untuk menembus masuk ke lereng dan kaki bukit untuk membuka penempatan.

Penemuan batu bersurat Terengganu di Kampung Buluh, Kuala Berang yang terletak bersebelahan muara yang melibatkan pertembungan antara Sungai Por dengan Sungai Terengganu membuktikan lagi peranan sungai sangat penting. Walaupun terletak di pedalaman, tiada yang mustahil peradaban tidak dapat didirikan. Selagi ada sungai kehidupan akan tersambung.

Manakala, Kuala Terengganu yang menjadi ibu kota negeri Terengganu kini terletak di muara sungai Terengganu yang menghala ke Laut Cina Selatan. Penempatan kawasan itu telah dihuni lama dahulu sehingga mendapat sorotan dalam catatan pengembara Cina dan sarjana Greek Ptolemy.

Rekod sejarah di negeri Kelantan hari ini banyak dirujuk daripada catatan sejarah China. Nama kerajaan kuno seperti Chih Tu dan Cheih Cha, serta yang sering diabaikan seperti Tan Tan dan Pan Pan punyai kaitan besar terhadap sejarah kuno Kelantan. Kedudukan kerajaan ini tidak lepas dari peranan sungai Nenggiri, sungai Kelantan dan sungai-sungai kecil yang bermuara di sekitarnya. Begitu juga kelahiran bandar Kota Bharu yang terletak begitu hampir menuju Laut Champa (Laut Cina Selatan) yang menjadi tapak perkembangan ibu negeri kelantan itu.

Bicara tentang sejarah Kedah Tua kita patut berbangga dengan dapatan ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke – 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman ‘Pleistocene’ lagi.

Kita harus bertanya dan menyemak faktor sekeliling yang mendorong kepada munculnya kerajaan tua ini. Peranan sungai batu, sungai muda dan sungai Kedah tidak dapat dinafikan telah memberi saham besar.

Telah dimaklumi, bahawa kawasan perlombongan Jenderam Hilir dikaji oleh Brian C. Batchelor (1977) dan Leong Sau Heng (1977) sejak 1969 yang berlokasi di tepi Sungai Langat. Usaha mereka itu telah membawa kepada jumpaan peralatan pada zaman Neolitik iaitu peralatan alat beliong batu yang berbentuk segi bujur, alat batu untuk kerja mengisar dan menumbuk serta batu giling untuk mengasah artifak-artifak batu. Ianya mendapat liputan massa dalam negara. Sekali lagi kita mendengar peranan sungai sebagai tapak yang mengeram peradaban. Sungai Langat telah membekalkan zat yang cukup untuk kehidupan tumbuh.

Klang sebagai bandar diraja Selangor amat berpengaruh besar. Dikhabarkan bahawa tempat bernama Klang ini telah muncul lebih awal dari sejarah penubuhan Melaka. Melalui zaman yang panjang, Klang pernah menjadi ibu negeri Selangor dan kini sebagai bandar diraja. Keistimewaan Klang hari ini sebagai pelabuhan utama negara. Tentunya pengaruh yang mendoronginya adalah tentang kewujudan sungai Klang sebagai jalan perhubungan.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosil-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Dalam rekod sejarah juga turut ditemui kerajaan Beruas, Dinding, Gangga Negara dan Kesultanan Perak yang merupakan lanjutan daripada waris Kesultanan Melaka. Sungai Perak yang merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia hari ini masih dapat disaksikan jasa besarnya mengairi lembah, lereng penempatan manusia di negeri berkenaan.

Siapa tidak kenal dengan ketokohan Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah serta disambung lagi oleh pahlawan zaman pra –moden yang berasal daripada Pahang, samada Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Tun Razak. Negeri Pahang telah mencetak sejarah dalam kelas tersendiri kepada negara. Jika diteliti sejarah awal negeri ini, peranan Sungai PahangSungai KuantanSungai BebarSungai RompinSungai EndauSungai TembelingSungai JelaiSungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Sungai memberikan khidmat kepada rakyat Pahang termasuklah dalam gerakan kemerdekaan.

Kuala Lumpur jika bukan tamaddun ia adalah penempatan terancang yang menghimpunkan suara rakyat negara ini, muncul oleh pertemuan dua Sungai – Gombak dan Klang. Sungai-sungai ini menjadi sumber ekonomi dan sosial kepada penduduk ketika belum wujudnya penempatan terancang di kota raya ini. Air sungai digunakan untuk membersih pakaian, mandi, memasak, sumber makanan.

Demikian paparan sejarah ini kita tidak dapat meremehkan kepentingan sungai. Ia adalah nadi hidup yang membekalkan tenaga untuk mendorong kelahiran peradaban. Namun apa yang mengecewakan adalah begitu banyak sungai-sungai yang merosot kualitinya diukur daripada sudut tahap kualiti air dan pengembangan habitat dalamnya. Pencemaran sungai bukan perkara yang sembunyi lagi.

 

Sungai yang Tercedera

Dahulu penyair melantukan puisinya “kali tenang betapa jernih mengalir ke muara, kedamaian melingkar rimba, namun kini penanya tidak lagi dapat menipu, ia saksi jujur yang melihat betapa “kali kuning keruh mengalir ke muara, kekusutan melingkar jiwa”.

Sungai yang menjadi saksi sunyi peradaban telah banyak yang tercedera dilanggar kerakusan manusia. Jiwa yang menatapnya telah kehilangan damai. Arus jernih telah luka kekuningan. Pohon-pohon yang ditebang pembalakan halal dan haram telah membiarkan tanah-tanah yang mengikat akarnya pecah berderai dipukul hujan lebat. Zat dan tubuhnya itu diheret masuk ke dalam sungai, menggantikan air yang jernih dihulu, keruh di muara, tohor menampakkan dadanya yang luka. 

Pada tahun 2019 negara dikejutkan dengan insiden pencemaran dan keracunan gas di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor. Hasil sampel air yang diambil mendapati terdapat bahan kimia D-Limonene, Benzene, Toulene, Xylene dan Ethylbenzene ditemui. Pembuangan sisa toksik bukan sahaja mematikan ekosistem semulajadi sungai, malah turut mengheret ancaman kepada keselamatan manusia.

Sebelumnya lagi, laporan Berita Harian 2016 amat mengharukan. Hasil kajian sekelompok penyelidik daripada universiti awam yang melaporkan bahawa ancaman kritikal terhadap sungai Pahang dikhuatiri mengundang kemusnahan dan kematiannya. Sungai yang telah menjadi saksi sejarah Mat Kilau, Dato’ Bahaman itu menghadapi nasib yang mengharukan. Pembalakan, penerokaan kawasan tadahan air untuk tujuan pertanian komerisal dan industri menjadi alasan.

Matilah segala ilham dan keasyikan para penyair tatkala mereka berlagu tentang keindahan dan kedamaian. Tiada terlihat lagi seluang bertemasya riang, memerang menghendap dicelah batu, baung berlari-larian, burung-burung terbang rendah, mengirim salam daripada alam.

Letak Tangan Anak Muda

Dengan laporan yang dikeluarkan mengenai 51 batang sungai dalam negara tercemar teruk, disamping pemerhatian mengenai tahap air sungai-sungai utama yang semakin cetek, keruh, maka adalah menjadi keperluan untuk anak muda membuat sesuatu agar ekosistem sungai dapat terus dipertahankan dengan baik.

Beberapa saranan akan diberikan untuk memastikan kelangsungan sungai sebagai warisan negara, karya yang segar untuk anak-anak masa hadapan menikmatinya akan dapat terus dipelihara.

Advokasi melalui media, peranan pempengaruh media sosial, program sungai angkat, boleh dimajukan sebagai pendekatan untuk menangani permasalah ini. Adalah sangat diprihatinkan keperluan untuk mendedahkan peranan sungai sebagai pusat kehidupan dikempenkan secara massa. Anak muda sebagai pembentuk pandangan awam (mass opinion) perlu ditampilkan mengisi ruang berkenaan.

Beberapa NGO yang bergerak untuk mengkempenkan isu ini ke peringkat yang lebih luas menggunakan media atas talian sahaja. Kempen seperti Ocean Hope, River of Life, boleh dikembangkan lagi melalui persembahan yang lebih muda, remaja (youngster), cool dan lebih utama berinti.

 

Kematian Sungai, Kematian Tamaddun

Punca keruntuhan dan kemusnahan sesebuah empayar besar menurut sejarawan ialah pemakaian melampau sumber asli untuk memenuhi tuntutan ekonomi. Alam yang rosak binasa akan mengheret tamadun yang bertenggek di dadanya bersama-sama rebah. Belatuk mati disebabkan pohon tumbang.

Bagaimana tidak. Sungai sebagai contoh yang membekalkan sumber kehidupan kepada manusia. Atas alasan itulah mereka memilih jasa sungai untuk mendapatkan sumber makanan, bekalan air, mencuci diri untuk tujuan agama atau hidup. Kemaraan industri memaksa, masyarakat tradsional segera menyesuaikan diri dengan alam sosial baharu yang berubah. Sebelumnya hidup mereka bergantung penuh kepada sumber asli semulajadi. Ketika datang cerek elektrik, orang-orang tua yang terbiasa dengan cara masak menenggek cerek di dapur kayu tidak yakin elektrik dapat menjadikan air masak. Begitu juga menanak nasi. Mereka ragu rice cooker boleh memindahkan beras berisi air menjadi nasi. Sehinggalah waktu perlahan-lahan mengubahnya, jika tidak pun menunggu pergantian generasi.

Bergilirnya waktu, kita dihadapkan dengan pantas perubahan topografi fizikal dan emosi. Pergantungan hidup mereka kepada sumber semulajadi yang bersih tulen asli daripada sebarang keruh hitam nafsu manusia kini telah menjadi mimpi ngeri. Air semulajadi tempat mereka meneguk buat kelangsungan hidup kini menjadi tuba yang merosak sendi bahkan nyawa. Sebuah ketakutan yang tidak pernah terjadi ribuan tahun lamanya mereka mengadu untung pada air bersih yang mengalir jernih daripada perut bumi yg lestari sebelumnya.

Kandungan kimia, asid, toksik hasil kilang industri, pembalakan tiada henti bersahaja-sahaja membunuh habitat tenteram yang menjamin kitaran ekosistem bumi seimbang. Penumpuan melulu terhadap ekonomi menjamin manusia mendapat kemudahan, tetapi pasti tidak mendapat kenyamanan dan kedamaian. Dikhuatiri kemelampauan ini akan memberi kesan kepada kematian sumber asas yang menjadi nadi peradaban, sungai. Mungkinkah menunggu tamaddun kita rebah baru segera kita insafi betapa bernafsunya kita meratah alam.

Eko-nomi disarankan agar dijenamakan semula kepada eco (ecology) – nomy (economy) atau ekonomi lingkungan, ekonomi ekologi. Ekonomi kebahagiaan yg tidak bernafsu besar mencetak kapitalis bilioner yang hidup senang berenang dalam kemewahan di atas kesakitan kepiluan billionan orang lain.

 

Khatimah

Pelihara sungai, cintai sungai, wariskan ilham dan karya Tuhan ini kepada generasi sesudah ini. Sebelum kita mengucapkan selamat jalan, mengirinigi kesenjaan sungai kami ditelan ketuaan tanpa dibela.

Semoga hajat yang tertangguh melihat sungai nan jernih di dunia ini, Tuhan kabulkan bertemu di syurga nanti.

 

Disediakan oleh,

Muhamad Hanapi B. Jamaludin

 


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

 

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.