Kisah ini mengikuti perjuangan Afham, pelajar sarjana yang mempertahankan bahasa Arab dan pendidikan Islam di Turki, serta Amal Hayati, seorang hafizah yang diuji sebagai pendidik muda. Di tengah tekanan sekularisme yang mengekang identiti Islam, mereka berdepan konflik peribadi dan cabaran besar demi mempertahankan warisan agama, sambil mencari kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan.
Reviews
There are no reviews yet.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.
Reviews
There are no reviews yet.