Ketika menghadapi peperiksaan akhir di Universiti Yarmouk, Sumayyah diuji dengan kekecewaan cinta apabila lelaki yang menunggu tujuh tahun memilih orang lain tanpa penjelasan. Belum sempat pulih, dia kehilangan ayah tercinta dan terpaksa memikul tanggungjawab mengurus perniagaan keluarga. Dalam himpitan duka dan beban, Sumayyah bangkit mencari makna hidup dan ketenangan, berjuang untuk menemukan sakinah di sebalik segala ujian.