“Kapten bekerja di dalam geladak yang membolehkan dia melihat jauh ke hadapan. Begitu jugalah seorang pemimpin perniagaan; dia perlu melihat lebih jauh daripada apa-apa yang nampak di depan mata.”
Dalam dunia perniagaan yang kompleks dan dinamik, kejayaan tidak hadir secara kebetulan. Realitinya, ia dibina melalui pemikiran strategik yang tajam.
Dalam Minda Strategik, Nik Hasyudeen berkongsi pengalaman lebih tiga dekad dalam kepimpinan, tadbir urus dan keusahawanan bagi membimbing pembaca memahami bagaimana strategi dibentuk, dilaksana dan dinilai dengan berkesan.
Buku ini menawarkan panduan praktikal dan refleksi mendalam untuk usahawan serta pemimpin organisasi yang ingin memperkukuh daya saing dan memastikan perniagaan mereka kekal unggul walau apa-apa pun cabaran yang mendatang.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.


Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?

Reviews
There are no reviews yet.