Selamat Datang ke JT Publishing House
RM25.20 1

Cart

Subtotal: RM25.20

Tambah RM173.80 lagi untuk PENGHANTARAN PERCUMA!

View cartCheckout

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM25.20 1

Cart

Subtotal: RM25.20

Tambah RM173.80 lagi untuk PENGHANTARAN PERCUMA!

View cartCheckout

Continue shopping
TROLI
-10%

[BUKU TERBARU] DARI WASHINGTON KE SAN DIEGO

RM39.00 RM35.10

200 in stock

Description

“Hikmah itu barang yang hilang bagi orang beriman. Di mana sahaja dia menemuinya, dia lebih berhak terhadapnya.”

Apakah hikmah kemajuan dan kebebasan di Amerika pada kaca mata seorang Islam dari Malaysia? Laungan kebebasan bergema di setiap ceruk jalan negara Uncle Sam yang mempromosikan nilai liberal seperti LGBT dan hedonisme menyelimuti hakikat ancaman Islamofobia dan individualisme yang ekstrem. Mungkinkah ada sinar diplomasi antara hak dan batil di bumi Hollywood itu?

Bermula dari sebuah majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Amerika Syarikat, Dr. Razif berpeluang untuk membincangkan isu hak asasi di Malaysia. Perbincangan ini ternyata membuka satu undangan untuk menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) yang membawanya kepada eksplorasi mendalam tentang politik, budaya dan masyarakat Amerika Syarikat. Dari situ, bermulalah pengembaraan Dr. Razif ke sana bagi memahami politik dan Holocaust di Washington D.C., menelusuri kebebasan media dan pemeliharaan agama di New York, mempelajari kosyer serta keadilan gender di Orlando dan pasca 11 September di San Diego – serta pelbagai lagi pengalaman menarik sepanjang 21 hari beliau di sana.

Dari Washington ke San Diego adalah hasil amatan kritis Dr. Razif dalam membandingkan naratif Barat dengan realiti sebenar yang dilihatnya. Beliau juga menyoroti bagaimana Islam dan umat Islam bertahan di negara yang sekular serta bagaimana wacana hak asasi sering kali dilihat melalui lensa yang berbeza antara dunia Barat dan dunia Islam.

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 14 × 8 × 21 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.