Tentang Cinta | Pahrol Mohd Juoi
Cinta sejati atau cinta palsu? Pahrol Juoi mengingatkan kita memastikan kita mencintai perkara yang benar.
Ramai yang memuja cinta, tetapi sebenarnya mereka mendustakan cinta.
Mereka tidak mencintakan cinta.
Cinta itu abadi, namun mereka membunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara.
Jangan sekali-kali menjadi hamba jika cinta itu palsu, tetapi jadilah hamba cinta jika itu sejati.
Hukum cinta tetap sama. Sama ada palsu atau sejati, manusia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya.
Jadi, pastikan cinta kita sejati, kerana dengan itu kita akan diperhambakan oleh kebenaran dan kebaikan.