Troli
-10%

Rona Bosphorus – Zaid Akhtar

RM29.00 RM26.10

557 in stock

Description

“Hidup ini cuma persinggahan yang sementara. Sebelum meneruskan perjalanan, bekalannya mestilah cukup dan siaga.”

Dalam dunia yang semakin terhakis nilai-nilai Islam, Afham yang merupakan seorang pelajar sarjana berjuang bermati-matian demi mempertahankan bahasa Arab dan institusi pendidikan agama di Turki. Di sisi lain, Amal Hayati, seorang hafizah yang tegas, menghadapi cabaran emosi dan intelektual sebagai pendidik muda di sebuah madrasah yang kian terancam.

Kota Istanbul yang memukau hakikatnya menyimpan seribu satu cerita yang bermacam wajah. Pergelutan peribadi, masa depan Islam yang semakin kelam lantaran pengharaman pemakaian hijab dan larangan mempelajari bahasa al-Quran semakin menjadi-jadi di bawah bayangan sekularisme yang membelenggu kerajaan yang berkuasa.

Mampukah mereka mempertahankan warisan Islam di tengah-tengah gelombang sekularisme yang semakin menggila?

Segalanya akan terungkai dalam novel Rona Bosphorus yang telah merangkul tempat kedua dalam Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) pada tahun 2002.

Additional information

Weight 0.5000 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.