Perjalanan yang Tak Direstui
Volkswagen Beetle dari London ke Malaysia Ñ perjalanan gila yang 'tidak direstui' Tuhan di gaung Turki!
"The pleasure of being lost is adventure." Itulah tujuan kami mengembara sebegini Ð untuk mencari adventure.
Travelog memoir ini mengisahkan pengembaraan keluarga Dato' Mohd. Farid Ariffin Ñ merealisasikan "idea gila": untuk pulang ke Malaysia dengan memandu kereta Volkswagen Beetle pada bulan November tahun 1977 setelah menamatkan pengajian undang-undangnya di Lincoln's Inn, London.
Namun begitu, perjalanan mereka ternyata "tidak direstui" oleh Tuhan. Ketika menuju ke sempadan Iran, kereta mereka terbabas dalam salji lebat lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di sebuah kawasan desa terpencil di timur Turki!