Kembara Menalar Diri | Hasrizal Abdul Jamil
Sejarah Turki Uthmaniyah melalui mata pendakwah Ñ perjalanan ilmu yang menalar erti kehidupan sebenar.
"Ilmu kita seperti pokok. Sejarah ialah akarnya. Kesihatan pokok banyak bergantung kepada kesihatan akar. Tanpa akar, pokok akan layu dan mati."
Begitulah yang dialami oleh penulis, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ketika menumpahkan segala pengamatannya terhadap sejarah dalam Kembara Menalar Diri ini. Buku ini bertitik tolak daripada penyelidikan beliau terhadap seorang tokoh ilmuwan Turki Uthmaniyah yang terkemuka pada abad ke-16, Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau Imam Birgiv_.
Sepanjang pengembaraannya di Turki, beliau ditemukan dengan kepelbagaian ragam manusia dalam kebudayaan Turki, kisah-kisah yang mencuit perasaan dan khazanah keilmuan tempatan yang menyelongkar sisi yang tidak ditemukan dalam karya asing.