Troli
-10%

[BUKU TERBARU] Di Sini Singgah Untuk Pindah

RM45.00 RM40.50

184 in stock

Description

Di Sini Singgah Untuk Pindah adalah untaian catatan hati Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di persinggahan fana. Naskhah ini bukan sekadar tinta di atas kertas, tetapi titisan jiwa yang merintih dan mencari makna dalam setiap ujian lalu menyulam harapan dalam kepedihan.

Setiap helaian naskhah ini adalah bisikan hikmah – tentang luka yang mengajar, derita yang mendidik, takdir yang sering kita persoalkan, namun sebenarnya mendekatkan. Dalam perjalanan menuju destinasi abadi, kita semua adalah pengembara yang singgah sebentar, sebelum akhirnya berpindah ke alam yang kekal.

Jika hari ini engkau masih bertatih, jangan gentar. Jika hatimu pernah rapuh, jangan menyerah. Di sini ada cahaya yang menyuluh dan suara yang membisik lembut: teruslah melangkah, kerana di hujungnya ada pertemuan yang paling indah.

Additional information

Weight 0.30 kg
Dimensions 14.00 × 8.00 × 21.00 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.