fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Phoenix: Joker yang bakal ketawa di pentas Oscar.

 

Sepanjang Oscar Academy Awards yang berlangsung dari tahun 1929 sehingga 2019, tiada seorang pun tokoh dalam bidang lakonan dari adaptasi adiwira komik yang berjaya menjulang piala tersebut kecuali seorang, Joker versi Heath Ledger. Dikatakan kemenangan tersebut juga kontroversi kerana diberikan atas kematian mendiang, bukan disebabkan keunggulannya dalam bidang lakonan.

Tetapi jika kita amati secara teliti, keberkesanan lakonan beliau dalam The Dark Knight tersebut tidak boleh disangkal oleh sesiapa. The Dark Knight mencipta nama bukan disebabkan Batman, tetapi disebabkan Joker. Watak protagonis, Batman di dalam karya Christoper Nolan tersebut tenggelam dek kehebatan Ledger membawa watak Joker yang psikopat dan kegilaannya seorang dapat membuatkan bandar Gotham huru-hara.

Dalam Joker (2019) kita dihidangkan watak Joker versi Joaquin Phoenix yang penuh dengan thriller dan sadisme. Sejak tayangan pertama pada 3 Oktober lepas, tidak putus-putus ulasan mengenai Joker terutama penyakit yang dihidapi olehnya, pseudobulbar affect. Dan tidak kurang juga ulasan mengenai sosiopolitik di bandar Gotham yang mana tidak mempedulikan masyarakat ‘di bawah’.

Dari segi penceritaan (storyline) Joker, tanya balik diri kamu, adakah cerita ini bosan? Sebagai penonton yang membayar harga tiket, aku dengan ini mengatakan bahawa filem ini bosan. Joker satu-satunya filem adiwira komik yang menceritakan mengenai sejarah hidup antagonis secara keseluruhan. Filem ini tiada konflik yang diciptakan oleh Joker itu sendiri. Tiada spark dari Joker yang membuatkan kita teruja. Mungkin filem ini adalah biografi beliau. Ketimbang dengan The Dark Knight yang mana kita dapat lihat Joker versi Ledger sangat maniak untuk menarik perhatian Batman di kota Gotham. Joker lebih fokus kepada penyakit dan kehidupan Arthur Fleck dan The Dark Knight memfokuskan kegilaan Joker.

Apa yang membuatkan filem ini dipuji ramai jika filem ini bosan? Bosan di sini bukanlah bererti filem ini tidak menarik, melainkan filem ini bergerak perlahan dan seperti yang saya katakan tadi, tiada ketegangan yang Joker ciptakan yang betul-betul memberi impak kepada penonton.

Filem ini menarik kerana watak Joker itu sendiri. Phoenix berada di tahapnya sendiri, satu aras bersama Christian Bale di dalam The Machinist (2004). Bale dalam filem ini sanggup berlapar dan membuat tubuh badannya merana untuk menjayakan wataknya, sama seperti Phoenix yang membuat tubuh badannya sebegitu rupa. Bukan semua pelakon sanggup menggadai keselesaan yang dianugerahkan kepadanya semata-mata untuk sebuah penggambaran filem.

Apabila diumumkan Joker akan diterbitkan, rata-rata peminat DC Comic akan mempersoalkan “Adakah Joker kali ini berjaya membawa watak dengan berkesan setaraf Ledger”. Pertanyaan dan penghakiman sebegini tidak boleh lari kerana Ledger sudah berada di taraf yang suci untuk dikritik. Dan apabila terbitnya spin-off, peminat semestinya sudah meletakkan satu indikator tertentu, khususnya dalam pembawaan watak Joker tersebut.

Pada pandangan saya, Phoenix dengan ini membawa watak Joker ke aras yang lebih tinggi berbanding Ledger. Pembinaan watak kita boleh nampak dari mula sehingga habis bagaimana Fleck dapat memberi rasa kesian terhadap penonton walaupun kita semua akui bahawa Joker adalah manusia durjana yang Batman sekalipun hilang pertimbangan apabila bertemu dengannya.

Permulaan cerita digarap dengan suasana agak ceria. Pada mulanya di dalam panggung, kelihatan beberapa orang penonton tergelak kerana Fleck ketawa. Mungkin kelihatan lucu. Dan ‘ketawa’ ini berjangkit, jadi penonton ikut serta ketawa walaupun sudah maklum bahawa ketawa itu bukanlah dari dirinya yang normal. Tetapi pada klimaks penceritaan, hanya Joker sahaja yang ketawa. Suasana syahdu tersebut dialami oleh seluruh penonton. Penonton terkilan sama ada mahu sedih atau mahu ketawa. Phoenix berjaya membawa nuansa perasaannya ke dalam jiwa penonton.

Terdapat satu kelemahan filem ini, pengarah Todd Phillips mencipta satu adegan (scene) di mana ia telah menjatuhkan tahap intelektual penonton. Quentin Tarantino pernah berpesan bahawa jangan ingat penonton bodoh. Satu kesilapan Phillips di mana beliau meletakkan satu adegan imbas kembali untuk menerangkan bahawasanya Sophie Dumond (Zazie Beets) sebenarnya khayalan Fleck sahaja. Walhal cukup sekadar satu adegan yang telah menunjukkan Sophie Dumond merasa takut apabila memasuki rumahnya. Perwatakan dan dialog Sophie ketika itu sudah cukup untuk menggambarkan Arthur Fleck sebenarnya berhalusinasi bercinta bersama Sophie.

Walaupun wujud adegan sebegitu, Joker tetap Joker. Keunggulan yang dibawa oleh Phoenix benar-benar membuahkan hasil. Dengan itu, jika dikaitkan pada perenggan pertama tadi, saya yakin dan percaya, Joaquin Phoenix boleh memenangi Oscar. Tetapi bukan di bawah label ‘best picture’, tetapi dengan label ‘best actor in a leading role’.

 

Oleh Naim Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Naim Al-Kalantani. Pelajar tahun satu di Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang Penulisan Kreatif.

 

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.