fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Pengurusan Emosi Semasa Covid-19

Pada akhir bulan yang lalu, kita dilaporkan oleh pelbagai laporan media berkenaan seorang wanita memaki pihak polis yang menjalankan sekatan jalanraya di Petaling Jaya, Selangor. Menurut Harian Metro, wanita itu dikatakan membunyikan hon kenderaannya dan menghampiri petugas keselamatan untuk menyatakan rasa tidak puas hati beliau. Laporan Astro Awani pula mengatakan wanita itu mengeluarkan perkataan ‘idiot’ (bodoh) sehingga menyebabkan beliau ditahan polis. Namun, daripada Sinar Harian mengatakan wanita itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan telah dibenarkan diikat jamin berjumlah RM 4000. Isu di sini ialah sikap wanita tersebut yang cepat berang dan agresif terhadap orang lain meskipun beliau telah pun melepasi sekatan jalanraya tersebut. Beliau sanggup keluar dari kenderaan dan menghampiri para pegawai di sana semata-mata untuk menghamburkan kata-kata makian kepada mereka demi meluahkan perasaan marah membuaknya.

Gambar hiasan: Petugas Peraturan Kawalan Pergerakan

Menurut Key Sun, seorang psikologis dan pengajar di Central Washington University, mengatakan bahawa punca kepada individu yang punyai sifat agresif adalah disebabkan salah tafsir kognitif terhadap orang lain. Key Sun menyambung, individu begini menganggap perbuatan baik orang lain sebagai ‘hostile intention’ (berniat jahat) dan mereka juga percaya mereka boleh mengawal orang lain dengan kaedah kekasaran. Dalam laporan media, wanita yang ditahan polis itu bertindak sedemikian kerana beranggapan bahawa pihak polis sengaja menyusahkan (hostile intention) orang ramai dengan mengadakan sekatan jalan raya. Walhal polis sekadar menjalankan tugas mereka mengawal pergerakan orang ramai disebabkan berkuatkuasanya Peraturan Kawalan Pergerakan oleh kerajaan. Key Sun menambah bahawa faktor kepada salah tafsiran kognitif terhadap orang lain mungkin daripada trauma waktu kecil sehingga menyebabkan keupayaan empati mereka berubah ke arah ‘self-serving’ (pentingkan diri) berbanding terhadap orang lain.

Emosi Perlu Diurus Bukan Diendahkan

Saya yakin bahawa orang yang berfikiran waras jika mempunyai masalah bersikap agresif pasti mencari jalan untuk mengurusnya. Mungkin diri kita sendiri yang cepat melenting apabila berhadapan situasi yang tidak menyenangkan. Ini mengingatkan saya kepada satu kajian yang mengatakan bahawa untuk mengawal sifat agresif, kaedah yang boleh dilakukan ialah melatih kawalan diri. Kajian ini telah dijalankan oleh Tom Denson, professor di School of Psychology, University of New South Wales. Menariknya, dapatan daripada kajian ini mengatakan bahawa kaedah kawalan diri tersebut ialah dengan cara menggunakan tangan yang kurang dominan dalam aktiviti harian kita. Peserta yang dominan tangan kanan perlu gunakan tangan kiri, manakala peserta yang sedia kidal perlu gunakan tangan kanan selama dua minggu. Hasil kajian tersebut mendapati peserta menjadi kurang agresif berbanding sebelumnya. Denson memberi komen bahawa terdapat kajian lain yang menghalang kawalan diri peserta menunjukkan hasil negatif kerana mereka menjadi lebih agresif apabila selesai. Jadi, apa yang saya faham daripada kajian ini ialah sifat marah atau agresif kita perlu dilatih, bukannya dihalang, Latihan itu pula berbentuk aktiviti badan kita yang ‘de-escalate’ sifat dominan kita.

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ

Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.

(Riwayat Abi Daud)

Idea mengurangkan dominan tubuh badan kita telah pun dinyatakan oleh Rasulullah. Dalam kes wanita yang ditahan polis itu, beliau tidak terus duduk di dalam kenderaanya. Tetapi beliau keluar dan pergi ke arah pihak polis. Dari situ kita boleh lihat tindakan konfrontasi tersebut menatijahkan kenyataan makian. Sedangkan boleh sahaja wanita itu duduk dahulu dalam kenderaan dan tenangkan diri. Pada saya ini berlaku kerana kita ‘melayan’ tubuh kita yang sedang marah. Daripada hadis ini, apabila kita duduk dan baring, rasa marah yang membuak-buak itu akan hilang perlahan-lahan disamping dapat mengalihkan fokus kemarahan tersebut. Secara tak langsung, kita akan terfikir kenapa kita perlu marah berlebihan sebaik sahaja kita hantar isyarat pada tubuh kita untuk rileks apabila duduk dan baring. Perbuatan badan kita memberi kesan signifikan kepada perasaan kita.

Justeru, ini mengingatkan saya pada syarahan Amy Cuddy dalam TED Talk beliau pada tahun 2012. Kajian beliau yang diberi gelaran sebagai ‘power pose’ mendapat 56 juta tontonan sehingga kini, menjadi syarahan TED Talk kedua paling terkenal di dunia. Keputusan kajian ini adalah mudah, iaitu postur badan tertentu mempengaruhi perasaan dan keyakinan diri kita. Contohnya ialah apabila kita berdiri tegak sambil cekak pinggang, kita akan rasa lebih yakin. Manakala jika kita hanya duduk dan berpeluk tubuh, kita menjadi pasif dan kurang sedikit berbanding perbuatan pertama tadi. Secara peribadi, saya merasakan kajian ini bertepatan dengan maksud hadis yang dinyatakan tadi. Itulah sebabnya Nabi menyuruh kita duduk atau baring, supaya kita tidak terikut dengan perasaan marah ditambah pula terlebih yakin. Bagaimanapun kajian Amy Cuddy mendapat kritikan oleh pengkaji lain, dan pada tahun 2018 beliau berjaya membuktikan kajian awal itu adalah sah berdasarkan kajian barunya bersama dua rakan beliau.

Mempraktis Terapi Harian

Terdapat satu video animasi di dalam Youtube yang membicarakan subjek mindfulness secara ringkas dan menarik. Video itu dimuatnaik oleh Happify, sebuah syarikat berasaskan langganan terapi dalam aplikasi dan laman web. Dalam bahasa Melayu, agak sukar untuk menterjemah perkataan mindfulness, dan yang paling hampir pun pada saya ialah kesedaran dalaman kita. Kesedaran dalaman kita dalam situasi tertentu yang tidak menjadikan kita ‘snapped’ (tersentak) tanpa kita sedari lebih-lebih lagi apabila sesuatu telah mencetuskan (trigger) amarah kita. Kebolehan untuk mempraktis kesedaran dalaman ini adalah satu kelebihan pada mereka yang mempunyainya. Tidak semua orang memiliki perkara ini. Ambil contoh kemalangan di atas jalanraya. Ada orang mengamuk tidak tentu pasal sehingga berlaku pula kes jenayah, ada orang terlalu panik sehingga mudah dieksploitasi orang yang ambil kesempatan, manakala ada orang yang tenang ambil tindakan selanjutnya seperti meminta maaf, menghubungi pihak insurans/takaful, dan terus buat laporan polis. 

Susan David

 

 

Susan David juga menggelar kebolehan kita mengawal emosi dengan panggilan ‘emotional agility’. Beliau ialah pengajar psikologi di Harvard University dan pengasas Institute of Coaching di  McLean Hospital of Harvard Medical School. Keupayaan kita memandu emosi kita ke jalan yang memberikan manfaat pada semua orang, itulah sedikit sebanyak maksud emotional agility. Susan David mengambil contoh kajian yang dibuat oleh Frank Bond di University of London, mengatakan bahawa keupayaan mengawal emosi ini mampu mengurangkan kesilapan dan menghilangkan stress. Jika kita membaca penulisan berkenaan mindfulness, kebanyakan mengaitkan dengan terapi, seperti definisi oleh American Psychological Assosiation. Justeru, dalam konteks dunia Islam pada saya kita boleh kaitkan dengan perbuatan amal ibadah berbentuk perbuatan dan ucapan seperti ambil wudhu, berzikir, dan solat.

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah dia berwudhu.

(Riwayat Abi Daud)

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.

(Ar-Ra’d 13:28)

Jangan Menafikan Emosi

Manusia ialah makhluk yang istimewa berbanding ciptaan Allah SWT yang lain. Terutamanya malaikat yang menurut perintah tanpa sedetik waktu pun melanggarnya, manusia punyai kelebihan lebih utama iaitu keupayaan membuat pilihan. Kelebihan itu dikurniakan dalam bentuk akal fikiran dan ilmu pengetahuan. Dari sebab penciptaan itulah manusia diturunkan ke muka bumi menjalani ujian kehidupan untuk hari akhirat nanti. Ini semua kita sedia maklum sebagai orang Islam yang telah diajar di sekolah atau pun tadika lagi. Manusia juga ada emosi dan perasaan. Perasaan tarikan pada berlainan jantina, perasaan marah apabila berlaku kezaliman, dan perasaan sedih apabila ditimpa musibah. Begitu banyak kisah yang diceritakan di dalam al-Qur’an berkenaan perkara ini. Apa yang penting dalam mengawal perasaan ini ialah tidak melampaui batas. Ini kita dapat baca daripada kisah pembunuhan pertama manusia, anak Nabi Adam terhadap saudaranya, disebabkan oleh perasaan dengki dan marah apabila korbannya tidak diterima oleh Allah SWT. 

فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maka hawa nafsu (Qabil) menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah dia seorang di antara orang-orang yang rugi.

(Al-Ma’idah 5:30)

Ya, kita ada emosi marah dan dengki kadangkala. Ada masa kita tertanya-tanya kenapa orang lain bernasib baik berbanding kita dan mengapa kita ditimpa masalah. Lalu orang yang terlalu ‘induldge’ (layan) perasaan itu akhirnya akan melakukan sesuatu yang melampau dari batas agama dan moral. Sebab itulah pengkaji seperti Susan David mengatakan emosi kita bukan untuk ditutup atau tidak diberi perhatian, tetapi perlu diurus dengan kaedah-kaedah yang betul. Antaranya ialah melabel emosi tersebut dan bukannya label diri kita. Apabila marah, kita boleh melabel perasaan itu dengan berkata ‘saya berasa marah’ berbanding mengatakan ‘saya marah’. Perbuatan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk cepat sedar apa yang sedang berlaku. Apabila kita ‘rasa marah’, kita akan tanya diri kita kenapa kita marah manakala jika ‘marah’ sahaja kita tidak kisah apa puncanya yang penting mahu marah semata-mata. Susan David berkata dalam syarahan TED Talk, emotions are data, they are not directives. Memberi nada bahawa perlunya mengasingkan peribadi kita dengan emosi kita. Sepertimana Nabi apabila marah ada sebabnya, bukan kerana sifat Nabi itu seorang yang pemarah sebagaimana yang ditulis oleh Imam Tirmizi.

لا تُغْضِبُهُ الدُّنْيَا ، وَلا مَا كَانَ لَهَا ، فَإِذَا تُعُدِّيَ الْحَقُّ , لَمْ يَقُمْ لِغَضَبِهِ شَيْءٌ , حَتَّى يَنْتَصِرَ لَهُ ، وَلا يَغْضَبُ لِنَفْسِهِ ، وَلا يَنْتَصِرُ لَهَا

Perkara keduniaan tidak membuat Nabi marah. Adapun jika menyanggahi kebenaran, tiada apapun yang mampu berdepan Baginda, sehingga Baginda memenangkan kebenaran itu. Nabi juga tidak marah jika ia melibatkan urusan peribadi Baginda, dan tidak berusaha untuk memenangkan diri Baginda.

(Al-Syama’il Al-Muhammadiyah)

Contoh yang lain ialah kisah Usamah bin Zaid yang pernah membunuh seorang musuh di medan perang, meskipun dia telah mengucapkan syahadah. Baginda begitu marah sehingga ulang-ulang pertanyaan tersebut membuatkan Usamah berasa bersalah.

فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا عَلَيَّ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنِّي أَسْلَمْتُ يَوْمَئِذٍ

Baginda terus-menerus mengulang pertanyaan itu kepada saya sehingga saya berharap andai saja saya baru masuk Islam pada hari itu.

(Riwayat Bukhari)

Islam mengajar kita bahawa sifat manusia yang kita miliki ini bukanlah halangan untuk kita mengamalkan ajaran yang diturunkan Allah. Bahkan, dengan mempelajari kisah Nabi dan wahyu yang disampaikan baginda, Islam memberikan panduan bagaimana untuk menguruskan sifat insaniah kita. Usahlah kita terlalu asyik melayan perasaan sehingga boleh menggugat hubungan kita dengan orang lain atau pun keimanan kita kepada Allah. Begitu ramai pengkaji walaupun dari kalangan orang bukan Islam yang kita boleh ambil pengajaran daripadanya. 

-Muhammad Baha’uddin Hamizan

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.