fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Pemikiran Shahnon Ahmad Mengenai Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan

Shahnon Ahmad merupakan sasterawan negara yang banyak mengetengahkan unsur-unsur realisme dalam karyanya. Keadaan hidup bermasyarakat apalagi yang berbilang kaum, berbeza adat dan kepelbagaian budaya seperti di Malaysia mendorong kepada suatu perjalanan sejarah yang panjang. Segala keperitan diterima, dilalui kemudian digunakan pula sebagai sumber idea dengan menghidangkannya kepada khalayak agar dijadikan iktibar.

Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan

Shahnon Ahmad menggunakan sastera sebagai wahana untuk menjadi perantara dan medium bagi mencitrakan hal-hal yang berkaitrapat dengan masyarakat. Beliau telah membawa satu pemikiran penting iaitu sastera sebagai seismograf kehidupan. Shahnon Ahmad (1991:3) menjelaskan seni sastera merupakan satu ‘seismograf’ bermaksud sejenis mesin yang mencatatkan perihal ‘gerak gempa’; satu bencana alam yang menakutkan, bezanya sastera memerihalkan tentang manusia, masyarakat malah lebih lagi dengan cuba menggambar, meniru dan yang paling utama menganalisis masyarakat itu sendiri. Mengukur segala gerak gempa bumi adalah dengan alat seismograf manakala sastera pula mencatatkan kesengsaraan, halangan dan rintangan sebagai ‘gerak gempa’ dalam kehidupan manusia.

Dengan pegangan jitu ini, Shahnon Ahmad menulis karya yang membawa isu-isu kemiskinan seperti dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Pencitraan kehidupan manusia di Kampung Banggol Derdap dan derita dihadapi petani yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kemudian, ditambah pula dengan keluarga yang ramai tak tertanggung dengan derita si Bapa Lahuma yang sakit dan mati, si Ibu Jeha pula menjadi gila dan anak-anak perempuan semua masih muda.

Hal-hal inilah yang menjadikan sebuah karya sastera itu dekat dengan masyarakatnya dengan memaparkan keadaan yang jujur dan benar tanpa dilapisi apapun. Begitu juga dalam novel Rentong, Shahnon mengetengahkan watak orang kampung yang memerlukan pembangunan melalui gambaran watak Dogol, Pak Senik dan Semaun. Orang kampung berkerja keras dengan memperolehi hasil yang sedikit, hidup derita dan bersederhana apa adanya menjadikan pembaca karya-karya Shahnon Ahmad akan tersentuh dengan emosi yang beliau nukilkan. Menurut Sahlan (2005:125), kejayaan sesebuah karya sastera dapat dinilai daripada keupayaannya menjadi perantara sosial yang memungkinkan pemahaman dan penilaian semula nilai-nilai hidup. Jelas di sini, Shahnon Ahmad menggunakan sastera untuk mencatat dan mencorak tentang manusia.

Ranjau Sepanjang Jalan

Selain itu, Shahnon juga sering membawa citra yang sangat dekat dengan kaum Melayu-Islam. Usaha ini merupakan satu kebestarian dalam penulisan karya sastera dalam menyampaikan pandangan semesta yang mewakili satu-satu adat, kaum dan budaya. Istilah pandangan semesta atau world view secara sinonim disebut juga dengan pandangan alam atau tasawwur.

Secara literal, istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Hal ini merupakan nama kepada hasil renungan dan tilikan akal. Apabila kita membaca novel Tivi misalnya, Shahnon Ahmad menggambarkan satu peristiwa iaitu keluarga yang mengamalkan gaya hidup Melayu-Islam yang baik boleh dibobrokkan hanya dengan hiburan dan budaya asing daripada luar. Kehidupan Mat Isa dan keluarnya berubah apabila anak perempuannya Chah membawa televisyen ke rumah sehingga teknologi itu memberikan kesan kepada ahli keluarganya. Kebijaksanaan Shahnon Ahmad dalam mengembangkan imaginasi beliau hanya dengan satu objek kebendaan yang boleh melalaikan seterusnya mengkritik pemikiran yang rendah dimiliki oleh sesetengah masyarakat dan mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. Hal ini juga merupakan suatu usaha beliau menggesa pembaca supaya mengekalkan tradisi nusantara yang penuh dengan nilai-nilai Islam.

Tivi

Pandangan semesta sebagai masyarakat Melayu-Islam memberikan pengaruh dalam membentuk satu garis panduan yang menyatupadukan sesebuah komuniti ataupun  kumpulan dalam sistem sosial menjadikan kita sebagai pembaca merenung dengan lebih dalam apabila membaca karya ini.

Keupayaan dan daya Shahnon Ahmad sebagai pengarang dalam menghasilkan sebuah karya yang mencitrakan tentang kehidupan masyarakat membuktikan bahawa sastera itu suatu bentuk kesenian yang indah, namun keindahan ini bukanlah semata-mata bersifat sendiri-sendiri dan jumud bergaul dengan golongan orang sastera sahaja. Penulisan yang baik sudah tentu perlu keseimbangan dari sudut estetika dan perihal manusia, hal inilah yang dikatakan sebagai sastera sebagai seismograf kehidupan menurut Shahnon Ahmad. Sesungguhnya hidup ini bukan sempurna kerna banyak kebobrokan, kepincangan yang berlaku melibatkan watak-watak masyarakat sebelum menghadapi kematian yang abadi. Keabadian itu mungkin berakhir dengan selamat ataupun sebaliknya, sastera secara tidak langsung mampu mencorakkan perjalanan sebelum sampai ke destinasi terakhir. Ketokohan Shahnon Ahmad yang peka menjadikan karyanya bersifat intelektual dan mempunyai kekuatan dalam menyampaikan hal-hal yang benar dan jujur kerana dia menulis dengan keikhlasan. Kesedaran meluas tentang ‘gerak gempa’ kehidupan yang dicitrakan dalam karya sastera mampu menjadikan kedudukan sastera kita berada di takuk lebih baik dan relevan sepanjang zaman.

Sumber:

Sahlan Mohd Saman (2005). Persuratan Melayu Tradisional ke Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahnon Ahmad  (1991). Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Oleh: Syaheeda Hamdani

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.