fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Menjejak Sekolah Yang Dibangunkan Adiwira Wanita: Kartini

Kecerdasan pikiran penduduk Bumiputera tiada akan maju dengan pesatnya, bila perempuan itu ketinggalan dalam usaha itu. Perempuan jadi pembawa peradaban.”

(R.A. Kartini, Surat kepada Stella, 9 Januari 1901)

Kekenyangan setelah menikmati soto sebagai hidangan sarapan, waktu pula menunjukkan masih lagi pagi pada sangka diri ini. Tersedar rupanya zon masa di Semarang berbeza sekali di Kuala Lumpur iaitu bezanya awal satu jam lebih. Kadangkala naik keliru juga dengan waktu jamnya oleh kerana handphone masih lagi berjamkan waktu Kuala Lumpur.

Destinasi seterusnya menuju ke sebuah sekolah yang tersergam dengan sinkretisme arkitektur Jawa dan Belanda berdekatan di Semarang. Sekolah yang terbina atas nama inspirasinya impian dan cita Raden Ayu Kartini, walau pada kehidupannya tidak dapat menyaksikannya, iaitu SMA Ibu Kartini, salah sebuah sekolah Kartini yang ada di bumi Indonesia. Putih dindingnya terpantul kuat kerana sirnanya mentari yang terpancar di waktu tengahari. Bendera Sang Saka berkibaran pada tiangnya yang meninggi. Turun sahaja daripada van, terlihat sebatang pohon ara yang merimbun dan menjalar yang masih lagi belum cukup besarnya lagi. 
Dikatakan oleh guru besarnya pohon ara ini pohon yang baru setelah pohon ara yang sebelumnya, lebih besar, mati setelah berkhidmat pada mereka yang sudi berteduh. Terpaku kami akan senibinanya seolah menarik kami akan suasana ketika Hindia Timur (kini Indonesia) dikuasai kolonial Belanda. Masing-masing mula membuka aplikasi kamera pada telefon bimbit mereka dan mula menangkap foto disekelilingnya.

Malang sekali kehadiran kami ini bukanlah pada waktu persekolahan, seperti di Malaysia, memandangkan hari Sabtu dan Ahad adalah cuti bagi sekolah ini. Tentu meriah sekali sekiranya dapat menyaksikan murid sekolah berlari-larian menjenguk dari ruang jendelanya akan kehadiran kami dari Malaysia melawati ke sekolah mereka. Apatah lagi dapat bersalaman mahupun berkenalan bersama adik manis yang penuh tanda tanyanya akan suasana Malaysia pada benak 
fikiran mereka.

Penulis bersama rombongan Jejak Tarbiah dalam Jejak Kartini ketika melawati SMA Ibu Kartini di Semarang.

Kehadiran kami disambut mesra oleh guru besarnya bersama pembantu gurunya, merupakan guru mengajarkan Bahasa Indonesia, di ruang depan yang secara kebetulannya potret lukisan R.A. Kartini dipaparkan. Dalam sempat kami bergambar di setiap sudut tempat yang dikunjungi, kami dibawakan oleh guru besarnya ke beberapa ruang, bangunan, dan bilik pelajaran untuk kemudahan murid menjalankan aktiviti mereka. Perkara yang menarik perhatian diri ini adalah papan tanda bagi setiap ruang bilik pelajaran atau pejabat dituliskan juga dalam aksara Jawa dan bahasa Jawa, disamping bahasa Indonesia dan aksara Rumi. Kelihatannya cocok dengan semangat lokal mereka dengan tidak gusar mempamerkan bahasa ibunda mereka. Seusai kami dibawakan ke beberapa tempat di sekolah ini, perjalanan kami diakhiri dengan menuju ke perpustakaan mereka, sebuah tempat yang dinanti-nantikan buat kami yang pencinta buku untuk melihat buku-buku yang dibacakan buat para muridnya.

Ruang perpustakaan dijadikan tempat kami mendengarkan secara mendalam mengenai sekolah Kartini yang dibangunkan oleh Yayasan Ibu Kartini Semarang dan sillabus mata pelajaran mereka yang diajarkan di sekolah ini. Kami diberikan salinan kertas berkenaan sejarah ringkas Yayasan Ibu Kartini Semarang dan usaha mereka dalam menerajui pendidikan anak watan, besertakan sekotak yang diisikan dengan kuih-muih dan secawan mineral untuk mengalas perut kami ketika mendengar perbicaraan yang disampaikan oleh guru besar SMA Ibu Kartini.

 pelajaran yang diajarkan juga pelbagai, malah lebih lagi berbanding di Malaysia, iaitu 16 buah mata pelajaran. Sosiologi dan bahasa Perancis adalah perkara yang menarik minat diri mendengarnya ketika guru besarnya memaklumkan beberapa mata pelajaran yang diajarkan. Sosiologi antara pasangan bagi sejarah dalam memahami lebih mendalam dalam melihatkan manusia dalam konteks kemasyarakatan atau sebagai makhluk sosial (social-being). Dengan adunan sejarah, kita akan melihat sesebuah masyarakat secara kontekstual tanpa meletakkan penilaian peribadi kita sendiri dalam menganalisis masyarakat terdahulu atau berlainan budaya dengan neraca yang tidak adil.

Berkaitan yuran pelajar, guru besar mengatakan bayarannya dikenakan dengan kadar yang begitu murah seiring dengan yuran sekolah pemerintah dimana terdapat pelajar miskin yang perlu diberikan peluang pendidikan sesuai dengan gagasan dan cita Kartini sebagai pendidikan yang berkebajikan. Kosnya adalah dalam lingkungan 200,000 hingga 300,000 rupiah sebulan, berbanding sekolah swasta lain yang yurannya jauh lebih tinggi dalam anggaran 700,000 ke 800,000 rupiah sebulan.

Sebelum diri ini tiba ke Semarang, sempatlah jua diri ini membuat sedikit “homework” untuk ketahui inisiatif sekolah Kartini ini yang kini digazetkan sebagai bangunan “cagar budaya”. Jika dikatakan sebagai cagar budaya, berertikan sekolah ini tidak boleh diubah sedikitpun melainkan atas persetujuan pemerintah yang tidak menjejaskan kesejarahan dan bentuk asal bangunan tersebut. Hal ini bagi tujuan preservasi keaslian bangunannya seperti asalnya dibina. Dengan cagar budaya ini, usaha preservasi sejarah dapat dilunaskan dengan jaminan pemerintah, malah boleh diambil tindakan undang-undang bagi individu yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan dalam menceroboh atau merosakkan bangunan yang digazetkan “cagar budaya” ini.

SMA Ibu Kartini digazetkan oleh Pemerintah sebagai Bangunan Cagar Budaya

SMA Ibu Kartini digazetkan oleh Pemerintah sebagai Bangunan Cagar Budaya

Pabila dikatakan sebagai “cagar budaya”, kita sangkakan juga Sekolah Kartini dibina atas nama pemerintah, namun tekaan kita meleset. Sekolah Kartini didirikan oleh badan yayasan, dikategorikan sebagai sekolah swasta, membezakan dengan sekolah pemerintah atau dalam konteks kita sekolah kebangsaan.

Hal ini menarik diri ini kembali kepada lembaran sejarah bagaimana inisiatif sekolah Kartini dilaksanakan. Pasti ramainya menyangka usaha realisasikan Sekolah Kartini ini dimulakan oleh Kartini sewaktu hidupnya. Walau bagaimanapun, sewaktu hidupnya Kartini bersama adik-beradiknya, Rukmini dan Kardinah, sekolah yang beliau usahakan tidaklah seperti yang difahami dalam konteks kekinian, di mana Kartini mengajarkan di halaman luas rumahnya yang turut juga sebuah kantor pejabat bupati di Jepara (ayahnya), dan Rembang (suaminya). Walau bagaimanapun, selepas sahaja Kartini menghembuskan nafasnya terakhir setelah melahirkan anak pertamanya pada usianya yang begitu muda, 25 tahun, usaha sekolah yang dicitakan Kartini diteruskan oleh Kardinah dan Rukmini tetapi dalam keadaan yang sulit oleh kerana pertambahan pelajar perempuan yang ramai.

Inisiatif Sekolah Kartini terpancar jelas ketika Conrade Theodore Van Deventer, ahli undang-undang yang terkenal akan penganjuran politik balas budi (ethical policy) Belanda, kagum dan terinspirasi akan cita Kartini dalam surat-suratnya yang dikumpulkan oleh pasangan suami isteri Abendanon menerbitkan sebuah buku bertajuk “Door Duisternis tot Licht” (Habis Gelap Terbitlah Terang). Beliau bersama isterinya berusaha mendesak pihak pemerintah Belanda untuk disalurkan dana pembiayaan untuk pendidikan bagi meneruskan legasi Kartini yang tidak boleh dibiarkan terhapus begitu sahaja. Citanya harus diteruskan demi membangunkan anak watan Hindia Timur pada ketika itu. Malah pasangan Van Deventer mengeluarkan wangnya sendiri dan berusaha membangunkan yayasan pendidikan bagi merealisasikan idea Sekolah Kartini. Pada tahun 1912, tertubuhnya Semarangse Van Deventer Stichting dan berhasillah beberapa Sekolah Kartini di beberapa tempat, seperti Semarang, Surabaya, Jogjakarta, Malang, Madiun, dan Cirebon.


Conrade Theodore Van Deventer

Sekolah Kartini pada asalnya adalah sekolah dasar (SD) yang diajarkan dalam bahasa Belanda buat gadis tempatan. Berbeza dengan sekolah dasar pemerintah kini, dahulunya Sekolah Kartini juga diajarkan juga memasak dan menjahit. Hal ini bagi persiapan buat anak gadis setelah mereka mendirikan rumahtangga dan melunaskan tanggungjawab kekeluargaan kelak.

Ketika pendudukan Jepun di Hindia Timur seiring waktunya seperti di Malaya, kebanyakan Sekolah Kartini ditutup dan dijadikan sebagai asrama buat tentera Jepun.

Pada tahun 1953, usaha penerusan Sekolah Kartini diteruskan oleh Yayasan Perkumpulan Van Deventer diketuai oleh Nyonya R. A. Nafsiah Boediono, isteri Gubernur Jawa Tengah. Kemudiannya pada 1963, yayasan tersebut digantikan dengan Yayasan Ibu Kartini.

Pada tahun 1976, usaha penambahan sekolah tambahan dilaksanakan, Sekolah Kejuruan Industri Pariwisata (SKIP) dan Sekolah Menengah Kesejahteraan Keluarga (SMKK). Dalam SKIP mereka akan diajarkan dengan kaedah standard kulinari Indonesia, Barat, dan China dan pengurusan perbelanjaan, kebersihan, dan perihal berkaitan perlancongan. Kini Sekolah Kartini mendapat dana biaya dari pelbagai pihak termasuklah pemerintah dan badan NGO, disamping Yayasan Ibu Kartini.

Berbagai perkara bermain dalam fikiran diri ini ketika berada di sekolah ini lebih-lebih lagi bagaimana Kartini menguruskan persekolahan pada zamannya yang masih lagi asas. Bagaimana masyarakat memandang beliau ketika itu terhadap idea pendidikan terhadap wanita yang sudah melanggar stigma adat masyarakat? Sekuat manakah hinaan dan tekanan yang dilontarkan masyarakat ketika itu kepada Kartini? Perkara ini perlu ditelusuri pada perjalanan seterusnya dengan melihat sosok Kartini dan persekitarannya.

Oleh: Fhadrul Irwan

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.