fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Membumikan Pemikiran Reformis: Za’ba (Bahagian 1)

Apabila hendak bicara tentang sosok tokoh ini harus kita untuk mengetahui latar terhadap sosok tokoh ini supaya kita adil dalam meletakkan sesuatu tempat yang sepatutnya pada tempatnya. 16 September adalah satu tarikh yang mempunyai makna sejarahnya tersendiri bagi rakyat Malaysia, umumnya tarikh tersebut adalah Hari Malaysia yang merupakan memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Namun, bagi orang Melayu, tarikh ini haruslah diperingati kerana lahirnya seorang pejuang bangsa dan anak melayu sejati yang merupakan pemikir intelekual melayu serta perjuang yang berani melawan arus dan ahli bahasa di alam melayu. Beliau digelarkan “pendeta” atas kepakaran serta keintelekualannya di dalam bahasa penulisannya. Dari hasil penulisan beliau, mungkin akan membuatkan diri kita begitu terinspirasi dengan sosok tokoh ini.

Namanya Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan gelaran penanya iaitu Zaba, lahir di kampung Bukit Kerdas, Bukit Kikir, Negeri Sembilan. Sudah semestinya latar tokoh ini begitu dekat dengan diri kita iaitu orang – orang melayu itu sendiri kerana dalam usaha beliau untuk mengubah nasib orang – orang melayu yang pada ketika itu, yang begitu terperangkap dalam pemikiran terpasung serta kuat ada pegangan adat terhadap beragama yang menjadikan satu masalah kejumudan buat orang – orang melayu ketika itu. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengannya, tetapi ambillah yang jernih bukannya yang keruh. Zaba mempunyai gaya bahasanya tersendiri dalam menlontarkan kirtikannya terhadap orang – orang melayu yang sezaman dengannya atau mungkin untuk generasi yang mendatang.

Malah apa yang telah diperkatakan olehnya perlu diambil kira yang berkait dengan realiti sikap kita sekarang. Untuk menangani masalah bangsa, dia sendiri telah mengkritik bangsanya bukanlah untuk menghina tetapi untuk mengislahkan bangsanya kepada budaya berdaya asing serta sikap bergantung pada diri sendiri dalam urusan lapangan kehidupan mahupun di dalam urusan beragama.

Apabila diperhatikan, sememangnya merentasi zaman ke zaman terhadap penulisannya yang berkait rapat dengan falsafah pembaharuan atau reformis yang tulen yang membicarakan tentang inspirasi reform untuk mengangkat harakat bangsa terhadap keyakinan sifat berani berjuang serta berdekari dalam kehidupan supaya mempunyai sikap bersendirian (bergantung pada diri sendiri) dalam lapangan hidup untuk lebih berdaya asing.  Dengan penulisannya dalam karya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, Zaba menjadi pemangkin semangat orang – orang melayu itu sendiri, untuk mengejar kejayaan di dunia dan di akhriat.

Zaba bukanlah tokoh yang dibesar – besarkan oleh khalayak, tetapi sememangnya Zaba itu sendiri terbukti ketokohannya atas rasa tanggungjawab terhadap nasib bangsanya sendiri sebagaimana penanya berbicara di dalam penulisannya.  Seperti yang telah diperkatakan oleh Prof Dr. Siddiq Fazdil, “di sekeliling kita banyak orang yang besar kerana dibesar – besarkan, inilah yang saya sebut seperti tokoh belonan, besarnya kerana ditiup nanti bila tukang tiupnya berhenti, mengecillah dia”. Tokoh besar bangsa ini, disebut oleh Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai mutiara intelek bangsa. Malah, kata Syed Naquib Al Attas, pemukul rebana masyarakat yang debarannya kedengaran sampai sekarang. Sememangnya Zaba ini mutiara intelek bangsa dan pemukul rebana masyarakat dalam dunia persuratan alam melayu.

Oleh itu, kita perlu membumikan wacana dan teori pemikiran reformis ini yang merupakan satu proses mental yang berani untuk mencabar status quo dan keselesaan diri, dengan permulaan berfikir mengangkatkan nilai – nilainya dan membentuk budayanya serta membina masyarakatnya. Ia berlawanan dengan sikap berdiam serta menolak arus perubahan, hanya pasif mengikut ke mana sahaja arus terlunjuk hingga hanyut dibawa gelora pembaharuan. Justeru, dambaan dalam pembinaan masyarakat adalah kepada ide pemikiran reformis yang ditunjangi tiga paski iaitu fitrah manusiawi, wawasan kepada kebaikan dan penyelesaian kemelut umat. Ketiga – tiga tunjang utama memerlukan kekuatan dan keberanian menolak kemungkaran yang menghampat perubahan dan pembaharuan. Sindrom seperti menghalang manusia mencari kebebasan demi menghirup kebenaran adalah kemungkaran. Malah, dengan terma ketaatan tanpa dokongan hujah yang rasional juga satu kemungkaran yang harus dicegah oleh masyarakat yang bertanggungjawab.

Akibatnya telah mencetuskan kemungkaran yang jauh lebih besar bagaikan melihat di dalam gelap yang mendorong kepada kesenjangan intelektual (intellectual inequalities) dalam masyarakat. Kesenjangan intelektual ini jarang mendapat perhatian atau diwacanakan oleh ramai pihak sebaliknya rata – rata masyarakat hanya mencermati isu kesenjangan ekonomi (economic inqualities) untuk dirapati. Tetapi tidak pada Zaba, dia mahu membicarakan tentang kedua – dua aspek ini. Zaba begitu terkehadapan dalam membicarakan soal sosial dan ekonomi bangsanya. Biarpun ketika itu berada dibawah penjajahan tetapi Zaba mampu melakukan sedemikian rupa. Bolehlah kita melihat penulisan – penulisannya dan juga yang berkaitan dengan Zaba, menunjukkan Zaba mampu bicara begitu jauh kehadapan. Biarpun apasara dan gaya bahasanya tidak sama dengan zaman sekarang, tetapi isinya masih revelan untuk dibincangkan hingga sekarang.

Oleh: Muhammad Nur Arif

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.