fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Ke Mana Arah Tuju Pendidikan Agama Anak Perempuan?

Melihat sepintas lalu judul buku “Angkatan Baru” karya Buya Hamka ini sudah membuat kita beranggapan tentang angkatan perang. Ternyata ia merujuk “angkatan baru” kepada pemikiran, iaitu tema yang diangkat oleh Buya Hamka menerusi novel ini.

Buku yang hanya setebal 90 muka surat (terbitan Gema Insani) ini ternyata memberi impak yang jelas kepada sesiapa sahaja yang membacanya, terutama golongan pemuda. Saya kongsikan sedikit sebanyak sinopsis tentang buku ini.

Syamsiar, seorang gadis lepasan sebuah sekolah agama di Padang telah menamatkan pengajian dan pulang ke kampung halamannya. Melalui hari-hari sebagai seorang pasca pelajar menjadikan Syamsiar selalu berharap dia bakal menjadi guru dan mendapat gaji yang lumayan.

Akan tetapi itu hanya menjadi angan-angan Syamsiar sahaja, walhal dia sendiri sibuk membaca buku-buku roman yang dipelajarinya semasa belajar, jauh sekali untuk bertukang membantu ibunya di dapur. Syamsiar juga sering berharap seorang lelaki yang beragama menjadi suaminya kelak. Barulah sekufu dengan dirinya yang juga lepasan sekolah agama.

Syamsiar akhirnya menikah dengan Hasan, seorang guru agama. Termakbul juga hajat Syamsiar untuk bersuamikan orang yang celik agama. Tetapi pernikahan mereka hanya berlandaskan cinta luaran semata, bertemankan tuaian benih-benih asmara yang diidam-idamkan selama ini. Syamsiar sendiri yang berhasrat untuk membawa haluan rumah tangga mereka menjadi lenggok seperti itu.

Pada pandangan Syamsiar, pernikahan bererti segalanya-galanya mesti dicurahkan buat suami tercinta, iaitu menggembirakan dan menceriakan suami dengan kata-kata romantis persis kisah percintaan daripada buku-buku yang dibacanya.

Tidak ada lagi hal berkaitan pengurusan rumah tangga secara keseluruhannya. Maklumlah, semua tugasan rumah tangga yang lain dibuat oleh ibu dan adik-adiknya. Kerja Syamsiar hanya melayan suami sahaja. Naik rimas juga Hasan dengan perbuatan Syamsiar.

Lama kelamaan, pelayaran rumah tangga mereka dirempuh badai juga seperti langit yang tidak selalunya cerah. Pernikahan mereka tidak kekal lama. Syamsiar dan Hasan berpisah. Syamsiar menikah lagi setelah itu dan memulai hidup baru berbekalkan pengajaran- pengajaran yang diperoleh daripada episod kehidupan sebelum ini.

Di dalam buku ini, Buya Hamka menegur secara halus sikap golongan wanita yang mudah terpengaruh dengan kisah-kisah cinta yang dibaca menerusi buku-buku mahupun yang ditayangkan di kaca televisyen. Semuanya indah belaka, jauh dari pergaduhan suami isteri dan tidak ada lagi suami atau isteri yang makan hati berulamkan jantung.

Sudah namanya fantasi, masakan sama dengan realiti. Perkara sedemikian boleh terbawa-bawa kepada dunia pernikahan yang sebenar. Itulah situasi yang dialami oleh Syamsiar, mengemudi rumah tangga berdasarkan cerita fantasi yang hanya direka-reka oleh manusia.

Akibatnya, institusi keluarga mereka runtuh akibat wujudnya tangan-tangan yang meremehkan soal pernikahan dan gagal untuk membangun kembali sisa-sisa keruntuhan tersebut. Oleh itu, tidaklah dikatakan menjadi suatu kesalahan untuk membaca novel-novel percintaan, tetapi jangan sampai kita berpaksi kepadanya sebagai rujukan utama.

Buya Hamka juga turut mengkritik sesetengah golongan yang merasakan mereka berhak mendapat pekerjaan yang gah dan berpendapatan tinggi selepas menamatkan pengajian. Golongan ini menjadikan sijil yang digenggam sebagai kayu ukur kepada pencarian pekerjaan. Oleh itu, mereka tidak selayaknya untuk menjadi petani atau peniaga yang mungkin dirasakan tidak setaraf dengan sijil kelayakan yang diraih.

Para graduan seharusnya berpandangan lebih terbuka dalam menangani masalah ini. Bermula dari bawah tidak mencacatkan sesebuah kerjaya, malah ia menjadi titik tolak kepada kejayaan yang mendatang. Manusia yang berjaya adalah manusia yang banyak belajar daripada pengalaman masa lalu dan memilih untuk meneruskan langkah bersama resipi-resipi baru buat menempuh ranjau kehidupan masa depan.

Walaupun buku ini sudah lama diterbitkan, tetapi jalan ceritanya masih relevan sehingga ke hari ini. Idea Buya Hamka pada tahun tersebut yang diolah menjadi novel menjadi buah mulut untuk dibincangkan oleh generasi masa kini.

Kita dimomokkan dengan kisah-kisah kemanisan dalam bercinta melalui lambakan novel-novel di pasaran dan adegan yang melalaikan jiwa melalui drama-drama di televisyen mahupun internet. Kita juga masih dihantui oleh orang yang memperlekehkan golongan lepasan ijazah yang tidak berjawatan tinggi dan berpendapatan yang cukup-cukup makan sahaja.

Mungkin ini sebenarnya intipati yang ingin disampaikan oleh Buya Hamka. Sudah sampai masanya untuk kita meninggalkan takuk yang lama. Mengubah pemikiran bererti mengubah keseluruhan sistem gerak kerja ke arah yang lebih baik. Pemikiran yang jernih mampu mendorong setiap individu untuk lebih fokus kepada apa yang menjadi tujuan hidupnya.

Jelaslah, kemodenan dunia hari ini tidak hanya berakar umbikan infrastuktur yang tinggi melangit dan longgokan informasi di hujung jari, tetapi biarlah ia seiring sejalan dengan pemikiran baharu yang bukan sahaja mampu mengangkat negara ke persada dunia, bahkan turut mengangkat martabat bangsa ke arah pemikiran yang lebih kritis dan dinamis.

We become what we think!

Oleh: Wan Hasni Syakila

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.