fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Hari Buku Sedunia: Bolehkah Kita Membaca 1000 Tahun Lagi?

Pada cuti raya tahun lepas, saya berpeluang menghabiskan buku Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, hasil dari nukilan pencinta buku Iman Danial Hakim. Buku terbitan Jejak Tarbiah ini saya beli pada PBAKL yang baru sahaja dapat dibaca pada cuti raya baru-baru ini. Alang-alang sudah membaca biar sampai ke halaman terakhir.

Buku ini mengisahkan pengalaman, pandangan, resensi dan perjalanan peribadi penulis sendiri yang asyik dengan dunia pembacaan dan perbukuannya sendiri. Sepertimana saya yang juga merupakan pembaca dan pembeli buku begitu jugalah dengan penulis tersebut. Cuma saya tidak sekuat penulis untuk mendedikasikan diri dengan memperuntukan komitmen yang tinggi untuk membaca atas pelbagai komitmen dan kekangan. Alasan yang 40% boleh dipercayai Hakikatnya boleh sahaja kerana saya disibukan dengan gajet.

Pun begitu saya tetap berusaha mencari masa untuk membaca disebalik kesibukan bekerja pada siang harinya dan juga selesai membantu apa yang patut apabila di rumah. Buku berkenaan buku dan membaca antara genre kegemaran saya. Menerusi pembacaan buku sebegini ia memberikan saya satu bentuk dorongan atau motivasi untuk membaca. Saya tertarik dan kagum dengan kemampuan penulis yang menjuarai Cabaran Membaca 32 buah buku anjuran Buku Jalanan Titi pada 2017. Dalam pertandingan ini penulis berjaya menghabiskan 92 naskah buku iaitu hampir 3 kali ganda dari jumlah minima. Wow.

Bukan setakat membaca, malah perlu membuat ringkasan atau sinopsis buku yang dibaca untuk dihantar kepada pihak penganjur sebagai bukti. Tidak dinafikan bahawa para peserta perlu mematuhi syarat yang ketat sepanjang berlangsungnya cabaran ini.

Seperti yang saya tulis diawalnya ia adalah merupakan pengalaman peribadi penulis yang bergelumang dalam dunia ketersendirian, keterasingan dan boleh dikatakan kepulauan. Ektasi atau kecanduan yang dibentuk dari pembacaan menyebabkan pembaca ketawa, menangis, bahagia bahkan membentuk keyakinan buat yang membacanya. Buku ini umpama satu kehidupan, jika kita baca separuh, kita hanya dapat separuh dari kehidupan. Jika kita berjaya me namatkannya, maka lengkaplah satu kehidupan kita.

Selain dari itu penulis yang juga lulusan perundangan dari UIA juga berkongsi pengalaman dalam sesi bedah buku. Bedah buku tidak sekadar merumuskan atau mensinopsiskan kandungan dan butiran fizikal buku itu sendiri tetapi juga menceritakan siapa penulisnya, sebab musabab buku ini ditulis dan juga gagasan atau pemikiran yang terkandung didalamnya. Jadi ini adalah satu pembacaan yang serius.

Genre puisi dan kesusteraan adalah minat utama penulis. Lantaran minat yang mendalam terhadap puisi membawanya ke Indonesia khasnya ke Banda Aceh bagi berburu buku. Saya akui, industri perbukuan tetangga kita tidak pernah mengecewakan. Saya jenis mencari genre terjemahan dari bahasa asing ke bahasa Indonesia. Sepanjang 5 kali kunjungan saya ke Indonesia, toko buku adalah antara tempat yang harus saya kunjungi dan pastinya penuh 1 bagasi dengan buku-buku yang diborong. Saya percaya inilah yang dialami oleh penulis biarpun tidak segila saya dalam membelinya.

Dalam bab Indonesia Membaca penulis menyertakan artikel berkenaan Chairil Anwar, Tere Leye dan Hamka. Ia mewakili period yang berbeza namun memberikan impak dan sumbangan yang bermakna dalam perkembangan persuratan Indonesia itu sendiri. Bab terakhir yang saya kira adalah rumusan atau bedah buku dari pertandingan Cabaran Membaca 32 Buku. Ada 10 buah buku yang memberikan impak signifikan pada waktunya dirumuskan oleh penulis yang berbeza kandungannya seperti kesusteraan, travelog, falsafah keagamaan, memoir dan patriotisme.

Membaca adalah satu proses yang tiada hentinya. Ia membentuk satu mandala atau lingkaran bermanfaat terhadap pembaca atau orang dipersekitaran. Satu perjalanan yang menerobos gagasan agung dan juga menerawang sempadan-sempadan pemikiran yang tidak dapat diperolehi menerusi kuliah atau diskusi. Manisnya akan lebih terasa jika kita memahami dan menyampaikannya semula menerusi nukilan penulisan agar dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi boleh dibeli melalui pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/aku-mahu-membaca-1000-tahun-lagi/

Oleh: Kamarul Faizal

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.