fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Dr. Maszlee Malik Menulis Risalah #MalaysiaMembaca

Ray Bradbury pernah menyatakan: “Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban, sebaliknya hanya perlu untuk memastikan orang berhenti membaca, runtuhlah segala-galanya.”

Buya Hamka berpesan pada kita: “Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik.”

Ahli falsafah tersohor, Rene Descartes pula menyebut: “Membaca buku yang hebat ibarat mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang cemerlang daripada masa lampau. Pemikiran mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini. Penulis menuangkan gagasan mereka yang terbaik semata-mata.”

Kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara pada tahun 2005 mendapati masyarakat kita hanya membaca 2 naskhah buku setahun. Namun, dalam laporan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia yang dibuat pada tahun 2014, jumlahnya meningkat kepada 15 naskhah buku. Walaupun terdapat peningkatan, jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara maju. Rakyat mereka membaca hampir 40 judul buku setahun!

Kadar celik huruf rakyat Malaysia pula telah hampir ke angka 94.94 peratus, mengikut laporan Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985-2015 terbitan UNESCO Institute for Statistics. Namun, secara purata rakyat Malaysia membaca hanya 15 hingga 20 buku setahun. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara, kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan.

Kajian The World’s Most Literate Nation yang dilakukan oleh Central Connecticut State University Amerika Syarikat pada tahun 2016 pula meletakkan Malaysia pada kedudukan yang ke-53, jauh di belakang negara jiran Singapura yang berada di tangga ke-36. Tinjauan tentang tabiat literasi di lebih 60 buah negara di dunia itu mengisytiharkan negara Nordic (Finland, Norway, Iceland, Denmark dan Sweden) sebagai the most literate nations di dunia.

Penerbitan buku pula telah digunakan oleh UNESCO sebagai satu daripada kriteria taraf negara maju dengan jumlah penerbitan yang ditetapkan sebanyak satu peratus bagi setiap juta penduduknya. Di Malaysia, sasaran kerajaan untuk penerbitan negara adalah mahu mencapai 31,700 judul setahun menjelang 2020, berbanding 19,713 judul pada tahun 2017.

Pengiktirafan UNESCO kepada Malaysia sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan KL Baca — Caring Through Reading merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara membaca pada tahun 2030. Bandar raya yang terpilih sebagai Ibu kota buku dunia oleh UNESCO perlu berusaha untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan aktiviti sepanjang tahun. Tahun sambutan akan dimulakan pada 23 April 2020, pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Daripada beberapa senario yang saya kongsikan tadi, kita sedar bahawa perjalanan kita ini masih panjang, masih jauh dan memerlukan usaha yang berterusan. Kita perlu menggembleng tenaga dan berganding bahu. Biar “lambat laga asalkan menang”, maksudnya biarlah lambat asalkan hasrat kita tercapai.

Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir dari tabiat membaca.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan rentang masa sepuluh tahun, bermula dari tahun 2021 hingga tahun 2030, sebagai Dekad Membaca Kebangsaan atau ringkasnya DMK. Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

Didukung oleh falsafah untuk membentuk masyarakat berilmu bertaraf dunia dengan fokus membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca, Kempen Dekad Membaca Kebangsaan digerakkan dengan tujuan: (1) Meningkatkan tabiat membaca untuk tujuan rekreasi dan literasi ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis, (2) memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu, (3) mencambahkan tradisi keilmuan dan wacana intelektual dalam kalangan masyarakat.

Slogan dan tagar #MalaysiaMembaca pula dipilih dan mesti dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat.

Petikan buku: Risalah #MalaysiaMembaca

Pesan buku di
https://jejaktarbiah.com/kedai/risalah-malaysiamembaca/

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.