fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Di Tepi Sungai Dajlah

Sesiapa yang pernah membaca karya Di Tepi Sungai Dajlah pasti mengetahui bagaimana Hamka menilai ilmu sejarah. Walaupun secara umum tulisan Buya Hamka berfokus kepada kisah pengembaraannya yang dirakamkan ketika beliau menziarahi Iraq, beliau turut memasukkan fakta-fakta sejarah yang ada pada negara tersebut.

Satu perkara penting yang cuba diketengahkan oleh Buya Hamka adalah penilaian sejarah secara kolektif dan holistik. Tidak menceritakan sebahagian kisah dan menutup sebahagian kisah. Buya Hamka membawakan elemen sejarah yang seimbang.

Di dalam buku ini, Buya Hamka menukilkan kisah perperangan antara sahabat selepas kewafatan Baginda SAW. Perperangan yang merugikan. Nilai darah menjadi taruhan. Bukan kerana perselisihan pada isu-isu ijtihad semata-mata, malah orang-orang yang mengelilingi para gabenor dan khalifah juga turut menjadi minyak yang memarakkan api permusuhan. Sebelum adanya majlis tahkim, telah berlaku pertumpahan darah sesama umat Islam terlebih dahulu. Dahulunya mereka bersaudara. Pada hari Jamal dan Sifin, mereka adalah darah yang telah menjadi halal. Sungguh perperangan ini satu kerugian.

Setelah menukilkan kisah berikut, Buya Hamka tetap memuji kedudukan para sahabat yang punyakedudukan tersendiri dalam perjuangan Islam. Mereka semua sahabat Rasulullah SAW. Mereka menyaksikan penurunan wahyu. Mereka itu lebih terkehadapan dalam memahami wahyu dan tafsirannya. Mereka mujtahid yang mendapat pendidikan langsung daripada Rasulullah SAW.

Kisah lain yang diketengahkan, antaranya, kisah kebangkitan Bani Abbas yang melakukan rampasan kuasa ke atas Bani Umayyah. Kebangkitan Bani Abbasiyah yang disebabkan oleh perjuangan nilai kekeluargaan sehingga berlakunya penggulingan kuasa kerajaan. Peralihan kuasa yang dibayar dengan darah. Kehebatan Bani Abbasiyah sehingga ada yang beranggapan Dinasti Abbasiyah sebagai era kegemilangan umat Islam, namun di sebalik nukilan sejarah, ada sejarah yang tersimpan. Inilah realiti yang Buya Hamka ingin bawakan.

Begitu juga kisah kejatuhan Abbasiyah yang disebabkan oleh kelemahan pentadbiran. Lebih malang kerajaan yang pernah gah dijulangn ini jatuh disebabkan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh wazir kepada Khalifah, dengan harapan Monggul akan memberikan jaminan keselamatan kepadanya.

Pun begitu, Buya Hamka tetap meninggikan tokoh-tokoh yang telah menyumbang keringat mereka untuk terus membangunkan Baghdad, menjaga kota itu daripada ancaman dalam dan luar dan mereka yang telah membangunkan tamadun sehingga nama Baghdad tercatit sebagai nilai sejarah Islam yang agung.

Apakah mesej yang boleh didapati daripada tulisan sejarah ini? Apa yang penulis dapat simpulkan, Buya Hamka ingin membawa pembaca agar terus berfikir secara kritis terhadap sejarah yang dinukilkan kepada masyarakat hari ini. Kedua, Buya Hamka ingin jelaskan bahawa sehebat mana tokoh tersebut, setinggi mana kedudukannya, sebesar mana sumbangannya, ia tetap insan yang bernama manusia. Maka, dia tidak dapat lari daripada kesalahan dan khilaf. Namun, jangan dipandang sikitnya khilaf itu, pandanglah kepada kemegahan tamadun yang pernah umat Islam bina satu ketika dahulu. Dan renunglah sebesar mana sumbangan mereka jika dibandingkan dengan salah mereka.

Sejarah ialah ilmu mengenal manusia dan ketamadunan, sifat-sifat mereka sama ada baik atau buruk, tingkah laku mereka dan peribadi mereka. Maka sebab itu, ilmu sejarah membawa manusia mengenali sebab kebangkitan atau runtuhnya tamadun, yang pada asalnya berkait dengan manusia itu sendiri.

Buku Di Tepi Sungai Dajlah boleh dibeli melalui pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/ditepisungaidajlah-hamka/

Oleh: Akram Robbi

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.