fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

DI MANAKAH SAKINAH DI DALAM HATI KITA?

Kita akan bertempur di dalam hidup ini, bukan dengan orang lain, tetapi kebanyakan masa kita akan bertempur dengan diri kita sendiri. Ada ‘diri’ di dalam diri kita yang tidak bersetuju dengan keputusan kita, ada juga ‘diri’ di dalam diri kita yang tidak mahu menyokong kita, malah ada yang asyik memusuhi kita. 

Hidup ini berombak, bukan kerana goncangnya dunia kerana porak-perandanya manusia, tetapi kerana goncangnya perasaan kerana porak-perandanya jiwa. Ramai sekali orang yang dunia luarnya bergoncang dan porak-peranda, tetapi dunia perasaannya tenang dan bahagia.

Dunia luar Nabi Ibrahim alaihissalam ialah api yang marak menyala, tetapi dunia perasaannya ialah sakinah semata-mata. Dunia luar Nabi Nuh alaihissalam ialah banjir yang menggila, tetapi dunia perasaannya hanyalah sakinah semata-mata. Dunia luar Nabi Musa ialah jutaan tentera mahu membunuhnya, tetapi dunia perasaannya hanyalah sakinah semata-mata. Dunia luar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ialah tentera Quraisy yang mengejarnya, tetapi dunia perasaannya hanyalah sakinah semata-mata. 

Apakah piala yang mahu kita dakapi melalui peperangan di medan perasaan kita ini? Kita bertempur dengan diri sendiri, dengan pelbagai sangka, duga, kemahuan, ketidakmahuan, tidak lain tidak bukan hanyalah satu; mahu merebut apa yang Nabi Ibrahim alaihissalam, Nabi Nuh alaihissalam, Nabi Musa alaihissalam dan tak lupa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam punya, iaitu sakinah — ketenangan yang hakiki. 

Di dalam kitabnya yang tersohor, Madarij al-Salikin, al-Imam Ibn Qayyim (Meninggal 751H) menyebutkan suatu hal yang indah tentang nubari kita:

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan berdamping dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, dan menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, dan keikhlasan yang benar kepadaNya”.

Di dalam Tibb al-Qulub pula al-Imam Ibn Qayyim menyebut, “Sakinah itu ketenangan dan ketenteraman hati nurani. Asalnya dari hati nurani dan zahir kesannya pada anggota.”

Di dalam Surah at-Taubah ayat 40, Allah menceritakan bagaimana ‘sakinah’ ini Allah berikan khusus kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sehingga sekiranya tidak ada bantuan daripada sesiapapun, Allah tetap ada bersamanya:

إِلّا تَنصُروهُ فَقَد نَصَرَهُ اللَّهُ إِذ أَخرَجَهُ الَّذينَ كَفَروا ثانِيَ اثنَينِ إِذ هُما فِي الغارِ إِذ يَقولُ لِصاحِبِهِ لا تَحزَن إِنَّ اللَّهَ مَعَنا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكينَتَهُ عَلَيهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنودٍ لَم تَرَوها وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذينَ كَفَرُوا السُّفلىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ العُليا ۗ وَاللَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan SAKINAH kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (9:40)

Tidak hanya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, orang beriman juga Allah berikan sakinah ini. Di dalam Surah al-Fath ayat 4 Allah menyatakan:

هُوَ الَّذي أَنزَلَ السَّكينَةَ في قُلوبِ المُؤمِنينَ لِيَزدادوا إيمانًا مَعَ إيمانِهِم ۗ وَلِلَّهِ جُنودُ السَّماواتِ وَالأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (48:4)

Hari ini yang masih lagi hadir, sayugianya memberikan kita ruang untuk lebih kuat bertempur demi menggenggam sakinah yang sudah lama kita perlukan bagi menempuhi gelora dunia hari ini. Dengan bertanya, “Di manakah SAKINAH di dalam hati kita?” peperangan merebutnya sudah pun bermula.

Oleh: Hafizul Faiz – Felo Jejak Tarbiah

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.