fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Cyrus The Great : Penakluk Timur Dan Barat

Cyrus the Great, atau digelar juga Cyrus II, merupakan seorang pemimpin, penakluk yang mengasaskan kerajaan Achaemenid. Kerajaan yang berpusat di Parsi ini keluasannya meliputi dari kawasan laut Aegean di sebelah barat hinggalah ke Sungai Indus di sebelah timurnya. Cyrus II juga diabadikan namanya di dalam lagenda yang direkodkan oleh seorang ahli sejarah Yunani, Xenophon di dalam karyanya Cyropedia. Beliau di gambarkan oleh Xenophon sebagai seorang raja yang toleran dan ideal dan digelar sebagai bapa kepada bangsanya oleh masyarakat Parsi pada ketika itu. Di dalam Bible, beliau juga disebut seorang yang membebaskan orang-orang Yahudi yang ditawan di Babylon. Para pengkaji sejarah juga ada beranggapan bahawa beliau lah merupakan individu yang digelar Zulkarnain di dalam Al Quran. Namun tiada bukti yang tepat lagi untuk memuktamadkan dakwaan tersebut.

Latar Belakang Cyrus The Great

Cyrus dilahirkan di antara tahun 590 – 580 SM di Median. Nama Cyrus juga menjadi pertikaian kerana tiada siapa pun dari kalangan penyelidik mengetahui apakah itu nama peribadi atau nama takhta yang diberikan kepadanya ketika dia menjadi penguasa. Hal ini kerana, jika diperhatikan, selepas berakhirnya penguasaan Kerajaan Achaemenid, nama itu tidak muncul di dalam sumber-sumber yang berkaitan dengan Iran. Perkara ini menunjukkan bahawa nama tersebut dilihat sangat istimewa.

Sumber utama untuk mengetahui tentang kehidupan Cyrus The Great ialah dengan melihat kepada catatan Herodotus, seorang sejarahwan terkemuka Yunani. Manakala, Catatan daripada Xenophon diteliti sebagai sebuah karya berkaitan penguasa yang ideal atau terbaik, bukan sebagai sebuah risalah sejarah seperti catatan Herodotus. Walaubagaimanapun, perkara ini menunjukkan penghargaan yang tinggi diberikan kepada Cyrus oleh masyarakat Yunani walaupun Cyrus merupakan pemerintah di kawasan Parsi. Herodotus menyatakan bahawa orang-orang Parsi menggelar Cyrus sebagai bapa mereka.

Kisah berkaitan waktu Cyrus masih kecil dicatatkan oleh Herodotus, mungkin boleh dikatakan sebagai sebuah lagenda Cyrus berdasarkan kepada kepercayaan rakyat tentang sifat-sifat manusia yang luar biasa sebagai pengasas sesebuah dinasti. Perkara serupa itu juga berlaku pada pengasas dinasti-dinasti terkemudian disepanjang garis masa sejarah Iran. Menurut lagenda, Astyages, raja kepada Bangsa Medes dan juga penguasa kawasan Parsi, beliau telah mengahwikan putrinya dengan seorang lelaki daripada bangsa Parsi yang bernama Cambyses. Hasil daripada perkahwinan ini lahirlah Cyrus.

Pada satu malam, Astyages telah bermimpi bahawa bayi itu akan membesar dan menggulinkannya. Maka beliau telah memerintahkan bahawa Cyrus perlu dibunuh, Disebabkan rasa kemanusiaan yang sangat mendalam, penasihat kanan Astyages tidak mengikut arahan rajanya. Bayi itu telah diserahkan kepada seorang gembala kambing untuk dipelihara. Namun, disebabkan sifat luar biasa yang terdapat pada Cyrus, Astyages dapat mengesan keberadaan Cyrus yang ketika itu berumur 10 tahun. Walaubagaimanapun, Astyages dipujuk agar membiarkan kanak-kanak itu tidak dibunuh dan dibiarkan terus hidup.

Ketika Cyrus mencapai peringkat umur dewasa, beliau telah bertindak untuk melakukan pemberontakan melawan datuk dan penguasanya. Astyages ingin terus bergerak untuk menentang pemberontak. Akan tetapi, tenteranya berpaling tadah dan meninggalkannya. Mereka menyerah diri untuk berada di bawah pemerintahan Cyrus pada tahun 550 SM.

Gambaran ketika Astygaes tewas di dalam pentempuran menentang Cyrus

Penubuhan Empayar

Cyrus telah mengambil takhta sebagai raja Anshan pada usia beliau masih muda, iaitu sekitar usia 21 tahun. Pada ketika itu, Anshan masih menjadi negara bawahan kepada Empayar Median. Cyrus mengetuai pemberontakan terhadap Empayar Median dan beliau telah dapat menakluki Media sepenuhnya pada tahun 549 SM. Beliau menggelarkan dirinya sebagai “Raja Parsi”.

Cyrus terus berusaha mengembangkan empayarnya. Beliau menakluki wilayah Lydia di barat dan kemudian meneruskan ekspedisi penaklukannya di kawasan Mesopotamia dan Empayar Babylon. Beliau telah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Babylon pada tahun 540 SM. Hasilnya beliau telah membangungkan sebuah empayar yang cukup luas meliputi kawasan Mesopotamia, Syria dan Judea.

Kawasan empayar yang dibangunkan oleh Cyrus

Belas Kasihan Seorang Penakluk

Tindakan yang dilakukan oleh Cyrus yang menggambarkan begitu banyak untuk disebut namun tindakan belas kasihan Cyrus yang paling diingati oleh golongan Bangsa Yahudi ialah membebaskan Yahudi yang telah ditawan oleh Nebuchadrezzar II. Cyrus telah membenarkan orang-orang Yahudi kembali ke tanah suci mereka iaitu di Jerusalem.

Orang-orang Yahudi kemudiannya membalas jasa baik Cyrus dengan memuji pemerintah agung Parsi itu di dalam kitab-kitab suci mereka sebagai seorang penyelamat. Mereka juga mengatakan bahawa Cyrus merupakan seorang raja yang diberi kuasa oleh tuhan, dan apabila raja ini berkuasa maka dia akan kembalikan orang-orang Yahudi ke Jerusalem dan mengizinkan mereka untuk membina semula kuil mereka.

Thus says the lord to his anointed, To Cyrus whose right hand I have held – to subdue nations before him. And Loose the armor of Kings, To open before him the double doors, so that the gates will not be shut.

Isaiah 45:1

 

Penulis: Ahmad Muaz

 

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.