“Dalam kehidupan ilmu tak ada kata malu. Orang tidak malu karena salah atau keliru. Kekeliruan dan kesalahan justru yang memperkuat kebenaran.” Demikian ungkapan Pak Pram di dalam karya agungnya, Bumi Manusia. Pramoedya Ananta Toer atau lebih mesra dengan panggilan Pak Pram dan Pram ini merupakan salah seorang sasterawan Indonesia yang mendunia namanya. Nama beliau pernah […]
Category: Sastera
Belasungkawa Buya Hamka; Kematian yang Menghidupkan.
Pada penghujung tahun 2017, saya berpeluang menjejakkan kaki ke tempat kelahiran Buya Hamka di Maninjau, Sumatera Barat. Sejujurnya detik itu merupakan permulaan saya mengenali nama Hamka. Ya, sebelumnya saya pernah membaca buku A Fuadi, berkisarkan seorang anak muda yang bercita-cita mahu mengikut jejak langkah Hamka atau Habibie. Saya yakin kalau penulis menukilkan nama seseorang di […]
Menyingkap Keindahan Sastera Islam
Sejak ayat pertama Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad SAW, kita telah mengenal sastera iaitu ‘Iqra (bacalah). Perkataan ini mengandungi makna yang besar yang bukan sahaja perlu difahami dari sudut keperluan membaca namun memahami, merenung, dan mengkaji setiap ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Atas dasar itu jugalah, ilmuan […]
Cerpen: Di Bawah Meja Kopi
Akhbar di atas meja Kopitiam Arsad itu diambil Khalid lalu dibacanya. Waiter di kopitiam tersebut datang kepadanya lantas dia menjawab “macam biasa ye dik.” Sehelai demi sehelai akhbar itu dibacanya. Khalid mencari berita yang ditulis oleh rakan sekerjanya, Amru dalam akhbar tersebut.
Cerpen: Pohon Cenarjik
Seluruh negeri Hutan Chempaka bergegar. Bukan dek gempa bumi. Tetapi kerana kalutnya rakyat hutan itu apabila mendengar berita baru yang telah diumumkan utusan negeri. Hutan Chempaka tidak seperti hutan-hutan lain. Di sini, penduduknya hanya ada serangga dan tumbuh-tumbuhan.
Puisi: Percakapan Angkasa
“Siapa itu korban di bumi
hari ini?”
Tanya Awan
Pada Angin
Cerpen: Lara di Hujung Senja.
Tiga orang pegawai mengerahkan segenap tenaga mereka untuk menahan lelaki warga emas berusia 72 tahun, juga dikenali sebagai Wak Parjo. Walaupun tubuhnya kurus kering dan berpakaian compang-camping, namun semangat kentalnya untuk menikmati kebebasan begitu utuh sekali.
Pemikiran Shahnon Ahmad Mengenai Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan
Shahnon Ahmad merupakan sasterawan negara yang banyak mengetengahkan unsur-unsur realisme dalam karyanya. Keadaan hidup bermasyarakat apalagi yang berbilang kaum, berbeza adat dan kepelbagaian budaya seperti di Malaysia mendorong kepada suatu perjalanan sejarah yang panjang. Segala keperitan diterima, dilalui kemudian digunakan pula sebagai sumber idea dengan menghidangkannya kepada khalayak agar dijadikan iktibar. Shahnon Ahmad menggunakan sastera […]