Seorang ulat buku sebenarnya boleh dikesan di media sosial, apabila dia menulis kata-kata; dia tidak kelihatan dangkal dan gaya tulisannya beraras tinggi. Ini kerana semakin banyak dia membaca buku, semakin banyak modal diksi dan kosa kata di dalam kepalanya – menanti untuk digunakan pada masa yang sesuai dan tepat.
Seorang ulat buku pasti mempunyai sebuah buku nota yang berisi himpunan quote dari buku-buku yang dibacanya. Menyalin kemudian dibaca ketika menginginkan inspirasi tanpa disedarinya, tumbuh perasaan mencintai kata-kata.
Seorang ulat buku pasti akan berkongsi quote dari buku-buku yang dibacanya di dinding media sosial. Mereka juga menanda mukasurat yang mempunyai barisan kata-kata yang diminatinya di sana dengan melekatkan nota.
Seorang ulat buku gemar berkongsikan gambar buku-buku yang dibeli (walaupun belum tentu akan dibaca).
Seorang ulat buku sentiasa menyokong industri buku dengan membeli. Tidak mungkin mahu buku-buku percuma dari penulis sentiasa. Perniagaan buku juga adalah perniagaan ilmu. Mana mungkin perniagaan ilmu itu tidak mendatangkan manfaat buat manusia di dunia ini? Seorang ulat buku juga sedar bahawa pembaca adalah periuk nasi penulis selain penggemar dan penghargai seni mereka.
Seorang ulat buku akan berkongsi ulasan buku-buku yang mereka baca.
Seorang ulat buku akan menjaga koleksi buku mereka serapi mungkin.
Seorang ulat buku tidak pernah berasa kesunyian. Sentiasa menemukan riuh dan kemeriahan dalam sela-sela halaman kertas.
Begitulah bagaimana anda boleh mengenali sosok pencinta buku
Oleh: Rinna Annirza
You must be logged in to post a comment.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?