fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Buat Apa 4 Bulan di Amerika?

Resensi travelog 4 Bulan Di Amerika karya HAMKA

Saya pergi ke negeri Arab khususnya Tanah Suci Mekkah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, sudah sepatutnya saya melawat ke Amerika untuk mencari sumber kekuatan akal.” –Buya Hamka

Pada tahun 1952, Buya Hamka telahpun memenuhi jemputan dan undangan pemerintah Amerika sebagai tetamu di negara tersebut dengan sokongan Kementerian Agama Republik Indonesia selama 4 bulan (25 Ogos-25 Disember 1952). Lalu ditulisnya segala asam garam yang telah dilaluinya disana di dalam satu travelog sebagai satu kenangan dan pengajaran buat bangsanya yang tercinta.

Sebagai seorang tokoh pemikir tidaklah Hamka pergi ke sana semata-mata di atas dasar melancong dan lawatan. Bahkan beliau telahpun mengambil kesempatan tersebut untuk menyelidiki sebanyak mungkin rahsia dan kehidupan warga negara yang gah itu. Selain itu, Hamka juga tidak melepaskan peluang untuk mengkaji dan mendalami segala bentuk aspek di negara tersebut termasuklah politik, ekonomi, sosial, budaya dan juga agama. 

Melalui pengembaraan dan perjalanan yang telah ditulis tersebut dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan yang mana telahpun ditunjukkan oleh Buya Hamka sebagai pengajaran buat kita yang hidup dalam arus pemodenan ini.

1. Buang yang keruh, ambil yang jernih

Seperti yang kita ketahui, Amerika bukanlah negara yang terbaik untuk dijadikan sebagai contoh kepada semua negara di dunia. Namun begitu haruslah kita sedar bahawa setiap perkara di dunia sememangnya datang dengan kebaikan dan keburukannya. Walaupun sesuatu perkara itu mempunyai 1001 keburukan, pastilah juga mempunyai kebaikan dan kelebihannya tersendiri.Hamka pergi ke Amerika, kagum dengan semua kelebihan dan kemajuan negara tersebut. Tidaklah beliau hanya melihat kepada keburukan sahaja (asyik tengok keburukan je bila nak maju).

2. Ilmu mengangkat darjat manusia

Di Amerika,Hamka banyak melawat ke institusi pendidikan seperti universiti,rumah ibadat seperti gereja dan juga tempat kerajaan. Walaupun berasal dari negara yang kerdil, tetapi kedatangan Hamka sangat disambut dan diraikan. Ada juga yang menjemput Hamka untuk memberikan ucapan. Semuanya melayan beliau dengan penuh hormat menunjukkan betapa tingginya darjat orang yang berilmu.

3. Kepentingan kemahiran bersosial 

Memang kita tidak boleh dinafikan dengan kebolehan Hamka dalam berkomunikasi ataupun bersosial. Kemahiran tersebut bahkan telah menjadi salah satu daripada kelebihan dirinya.Walaupun berada di darjat yang lebih tinggi daripada orang lain, tidaklah menjadi penghalangnya untuk bersosial dengan orang biasa. Dalam travelog ini, dapatlah kita lihat betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi yang ditunjukkan oleh Hamka yang telah menyantuni warga Amerika dari pelbagai latar belakang termasuklah pelajar, pensyarah, pemerintah, pemilik syarikat besar, pelakon serta insan yang mengakui dirinya tuhan.

4. Belajar daripada yang mahir 

Amerika yang dilewati Hamka pada masa itu telahlah maju meninggalkan negaranya jauh di belakang dari pelbagai segi. Salah satu yang Hamka kagumi ialah kemajuan yang dicapai oleh industri perfileman Amerika yang ternyata paling di hadapan sehingga kini. Hollywood yang dikenali itu merupakan salah satu destinasi penting Hamka. Beliau sempat menyatakan tentang perkara tersebut dan berharap lebih ramai warga timur supaya belajar daripada kemahiran tersebut untuk kemajuan bangsa masing-masing.

5. “International level”

Kembara Hamka di bumi Amerika ini juga turut beliau jadikan sebagai kayu ukur untuk melihat kedudukan tanah airnya di mata Amerika yang telah jauh berada di hadapan. Perkara ini sangat ditekankan oleh beliau sendiri untuk menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk menyelidiki perkara tersebut supaya kita tahu di manakah kedudukan bangsa kita secara tidak langsung menyedari peranan kita untuk membangunkannya. 

Hakim ibnu Amir
Bentong,Pahang.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.