fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Bersembang tentang Sampah dengan Yeo Bee Yin

Sehari dua ini negara kita agak terkenal dengan berita memulangkan sampah-sarap yang masuk ke negara kita secara haram. Pastilah nama yang disebut sehingga ke Al-Jazeera ialah Yeo Bee Yin, atau kami panggil “Bos” semasa di pejabat dahulu, sekitar tahun 2015.

Pada waktu itu Bos masih bertugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Damansara Utama, Selangor dan saya pula sebagai intern (pelatih). Sebagai intern, saya berhak menentukan apa yang ingin saya dapat selepas tamat “latihan industri” di pejabat beliau. Antara perkara yang ingin saya pelajari pada waktu itu ialah bagaimana kawasan separa bandar (sub-urban) dapat menyelesaikan masalah sampah. Bos telah bertindak sebagai supervisor dengan menasihatkan saya untuk bermula dengan sorotan kajian mengenai bandar-bandar yang bersih di dunia! Kata Bos lagi, daripada bandar-bandar itu, kita sepatutnya dapat meneladani bagaimana mereka menguruskan sisa pepejal mereka.

Malaysia menghasilkan 13.5 juta tan sampah setiap tahun dan berlaku peningkatan sebanyak 20% pada bulan Ramadan. Pada bulan Ramadan 2018 sahaja, Kuala Lumpur sendiri menghasilkan 46 504 tan sampah. Saiz Kuala Lumpur hanyalah 243 km per segi dengan populasi 1.73 juta orang.

Maka saya kongsikan di sini hasil yang telah saya bentangkan kepada Bos sekitar 4 tahun yang lalu, tetapi saya kira masih bermanfaat kerana lihatlah bilangan kontraktor yang menguruskan dan berapa banyak sampah mereka. Bos terkejut juga melihat pembentangan saya ketika itu kerana bandar-bandar yang utama hampir tiada, kecuali Helsinki.

“Banyak lagi yang harus kita lakukan untuk menjadi bandar yang bersih seperti mereka,” begitulah kata Bos apabila kita membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar ini. (Pastinya kita tak patut meniru sikap negara mereka membuli negara kita)

BANDAR YANG BERSIH

Bandar yang bersih, menurut kajian Mercel Global Financial[i], diukur berdasarkan 5 perkara[ii] iaitu;

  1. Kedapatan air yang bersih dan boleh diminum. (The availability and drinkability of water)
  2. Pembuangan sisa. (Waste removal)
  3. Kualiti sistem kumbahan. (Quality of sewage systems)
  4. Kadar pencemaran udara. (Air pollution)
  5. Kesesakan lalu lintas. (Traffic congestion)

KEDUDUKAN BANDAR-BANDAR YANG BERSIH DI DUNIA MENURUT MERCEL[iii] (2014). Mercel ialah badan pemantau yang diiktiraf kebanyakan institusi berkaitan di dunia)

Calgary, Alberta, Canada

Adelaide, Australia

Honolulu, Hawaii, USA

Minneapolis, USA

Kobe, Japan

Copenhagen, Denmark

Wellington, New Zealand

Helsinki, Finland

Oslo, Norway

Freiburg, Germany

BAGAIMANA MEREKA MENGURUSKAN SAMPAH?

Bil Bandar Saiz () Populasi Jumlah Sisa Pepejal Setahun Pengurus Sisa Pepejal Jumlah Pengurus/Kontraktor
1 Calgary, Alberta, Canada. 825.3[iv] 1 096 833[v] 214 000 tan (perumahan)[vi] 49 000 tan (komersial) 1 syarikat.[vii] 1
2 Adelaide, Australia. 1 827[viii] 1 304 631[ix] 11 824 tan[x] Majlis (kutip) 1 Syarikat (hapus)  
3 Honolulu, Hawaii, USA. 177.2[xi] 390 738[xii] 270 000 tan[xiii] Majlis[xiv] 16 pengutip bahan kitar semula.[xv] (bahan sama/berbeza) 32 pemproses bahan kitar semula[xvi] (bahan sama/berbeza)
4 Minneapolis, USA. 151.3[xvii] 382 578[xviii]   Majlis[xix]  
5 Kobe, Japan. 552.23[xx] 1 536 499[xxi]      
6 Copenhagen, Denmark. 86.20[xxii] 583 348[xxiii] 821 000 tan (2010)[xxiv] Tender kepada syarikat  
7 Wellington, New Zealand. 290.11[xxv] 200 100[xxvi] 80 832 tan[xxvii] Majlis[xxviii]  
8 Helsinki, Finland. 715.49[xxix] 621 863[xxx] 1 000 000 tan[xxxi]        
9 Oslo, Norway. 454.03[xxxii] 647 676[xxxiii] 327 kg / residen[xxxiv] 240 000 tan[xxxv]    
10 Freiburg, Germany. 153.07[xxxvi] 218 043[xxxvii] 90 kg sehari (sisa isi rumah tidak boleh dikitar semula / kapita)[xxxviii]    

Mardhiyyah Nor Azizan merupakan pelajar bidang Fizik di Universiti Sains Malaysia (USM) dan alumni Institut Kajian Keamanan dan Pembangunan Antarabangsa, Bangkok.


RUJUKAN


[i] http://www.mercer.com/ 

[ii] http://www.theguardian.com/cities/2015/jun/15/cleanest-city-world-calgary-singapore

[iii] Berdasarkan senarai 2014 Mercer Global Financial. http://www.miratelinc.com/blog/10-cleanest-cities-in-the-world/  

[iv] https://www.google.com/search?q=calgary+size&oq=calgary+size&aqs=chrome..69i57j0l5.3631j0j7&sourceid=chrome&es_sm=93&ie=UTF-8#

[v] “Population and dwelling counts, for Canada, provinces and territories, and census subdivisions (municipalities), 2011 and 2006 censuses (Alberta)”. Statistics Canada. February 8, 2012. Retrieved February 8, 2012.

[vi] 2013. Halaman 16 : http://www.calgary.ca/UEP/WRS/Documents/WRS-Documents/WRS-Annual-Review-2013.PDF

[vii] http://www.calgary.ca/UEP/WRS/Documents/WRS-Documents/WRS-Annual-Review-2013.PDF

[viii] https://en.wikipedia.org/wiki/Adelaide

[ix] Ibid.

[x] Halaman 8 : http://www.adelaidecitycouncil.com/assets/Policies-Papers/docs/ACTION-PLAN-waste-management-2011-15.PDF

[xi] https://en.wikipedia.org/wiki/Honolulu

[xii] Ibid.

[xiii] Halaman 13: http://www.opala.org/solid_waste/pdfs/curbside_recycling_eval_nov2011.pdf

[xiv] http://www.opala.org/solid_waste/collection_schedule_search.html

[xv] http://www.opala.org/solid_waste/archive/Collectors.html

[xvi] http://www.opala.org/solid_waste/archive/recycling_companies.html

[xvii] https://en.wikipedia.org/wiki/Minneapolis

[xviii] Ibid.

[xix] http://www.ci.minneapolis.mn.us/solid-waste/ (Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal dan Kitar Semula)

[xx] https://en.wikipedia.org/wiki/Kobe

[xxi] Ibid

[xxii] https://en.wikipedia.org/?title=Copenhagen

[xxiii] Ibid.

[xxiv] http://www.lasua.lv/images/stories/4conference/5_A.Faber_Copenhagen.pdf

[xxv] https://en.wikipedia.org/wiki/Wellington_City_Council

[xxvi] Ibid.

[xxvii] http://ar2013.publications.wellington.govt.nz/Statements+of+Service+%E2%80%8BPerformance/Environment+Taiao#2.2+Waste+reduction+and+energy+conservation+Whakaiti+para,+hangarua+me+te+pena+pūnga

[xxviii] http://ap2013.publications.wellington.govt.nz/Environment/2.2+Waste+reduction+and+energy+conservation

[xxix] https://en.wikipedia.org/wiki/Helsinki

[xxx] Ibid.

[xxxi] http://en.uuttahelsinkia.fi/environment/waste-management

[xxxii] https://en.wikipedia.org/?title=Oslo

[xxxiii] Ibid.

[xxxiv] 2010: http://www.helsinginymparistotilasto.fi/Dialog/SaveShow.asp

[xxxv] 2011: http://cityclimateleadershipawards.com/oslo-integrated-waste-management-system/ 

[xxxvi] https://en.wikipedia.org/wiki/Freiburg_im_Breisgau

[xxxvii] Ibid.

[xxxviii] http://www.freiburg.de/pb/site/freiburg_mundenhof/node/375928/Len/waste_management.html

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.