fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Bersederhana Dalam Memendam Rasa

Seringkali apabila kita menerima atau menghadapi kesusahan, akan berlaku dua situasi. Pertama, kita akan merungut dan mengadu tentang hal tersebut. Kedua, kita akan mendesak diri kita untuk memendam, mencari dan menerima hikmah disebalik perkara buruk yang terjadi. Contoh untuk situasi pertama seringkali kita temui ketika menaiki pengangkutan awam selepas tamat waktu bekerja. Kita terpaksa bersesak-sesak sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan penumpang. Akhirnya, kita mengadu dan merungut dengan menyalahkan waktu tamat bekerja yang sama bagi semua orang atau menyalahkan kerajaan kerana tidak mewujudkan pengangkutan awam yang lebih banyak. Contoh untuk situasi yang kedua pula boleh kita perhatikan apabila di tempat kerja. Kita akan mendiamkan diri tatkala dimarahi oleh ketua kita kerana takut dibuang kerja atau ditamatkan kontrak. Maka, untuk menenangkan diri, kita akan berfikir bahawa ketua kita lebih mengetahui berkenaan hal-hal pekerjaan walaupun mungkin kita mempunyai idea yang lebih bernas. Semasa saya membaca dan menelaah buku yang bertajuk “Dasar Pandang ke Timur” yang diterbitkan oleh Patriots Publication, saya mendapati sifat atau situasi yang kedua menyerupai sifat masyarakat Jepun yang dikenali sebagai Gaman.

Secara mudahnya, Gaman bermaksud sifat untuk mendiamkan diri dan tidak merungut dengan menunjukkan kesabaran dan ketabahan terhadap masalah yang dihadapi atau segala kemungkinan yang tidak dijangka untuk mengekalkan keadaan harmoni. Umum mengetahui sekiranya menaiki pengangkutan awam di Jepun, kita terpaksa bersesak kerana kebanyakkan masyarakat mereka menggunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi, kita tidak akan mendengar sebarang rungutan atau aduan daripada pengguna berkenaan perkara tersebut. Masyarakat Jepun tidak akan menunjukkan perasaan yang negatif terhadap orang lain dan memendamkan perkara tersebut. Gaman akan menutup dan mendiamkan perkara negatif. Dalam artikel yang bertajuk The Art of Perseverance: How Gaman Defined Japan menyatakan bahawa Gaman adalah salah satu perkara yang diterapkan dan diajarkan oleh ajaran Buddha untuk memperbaiki diri sendiri sebelum diserap sebagai fahaman sosial.

Malangnya, sifat ini akan mendatangkan kesan negatif yang mampu menganggu sistem kesihatan mental kita. Hal ini demikian kerana, kita hanya akan mencipta bayangan, alasan dan penipuan kepada diri kita. Manusia dilahirkan dengan lumrah mempunyai perasaan suka, gembira, sedih, kecewa dan sebagainya. Sekiranya salah satu daripada elemen tersebut hilang, maka sukar untuk seseorang itu menjadi manusia yang manusiawi. Contohnya, setelah kita dimarahi dengan ketua, sepatutnya kita akan berasa sedih dan kecewa. Tetapi, disebabkan kita ingin menjadi orang yang sentiasa positif, kita akan menafikan perasaan kecewa dan sedih dengan menggantikannya dengan perasaan yang lain. Malah, menurut pakar psikologi, berfikiran positif kadang-kala tidak akan membantu seseorang untuk menghadapi sesuatu. Percubaan untuk menukar perasaan lain dengan perasaan yang sepatutnya kita rasai sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan. Perkara ini dinyatakan oleh Oliver Burkeman seorang ahli psikologi di New York dalam bukunya yang bertajuk The Antidote: Happiness for People Who Can’t Stand Positive Thinking serta dipetik dalam artikel Negative Effects of Positive Thinking. Malah, keadaan ini akan mewujudkan situasi diskriminasi terhadap perasaan kita sendiri.

Sepatutnya, apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita perlu berani untuk menghadapinya. Contohnya, masalah sesama manusia hanya boleh diselesaikan sekiranya kedua-dua belah pihak berbincang untuk mencapai kata sepakat atau bertukar idea agar perkara yang dilaksanakan akan lebih bermutu. Sekiranya kita menghadapi masalah berkaitan perasaan seperti sedih dan kecewa, kita perlu untuk luahkannya kepada orang yang sepatutnya atau yang kita percayai agar perasaan yang terpendam tidak akan membarah. Mendiamkan diri dan berfikiran positif boleh dilakukan tetapi tidak berkesan kepada semua keadaan dan perlu dilakukan mengikut kadar yang sesuai. Malah, berfikiran positif dan mendiamkan diri, tidak akan pernah menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Kita perlu bersederhana dalam memendam perasaan agar diri kita tidak tersakiti. Saya masih ingat pesanan yang diberikan oleh senior saya bahawa

“Manusia yang sempurna adalah manusia yang ketika bersedih dia menangis, ketika bergembira dia tersenyum. Meletakkan perasaan pada tempatnya yang sesuai dan tidak berlebih-lebihan”

Kesimpulannya, apabila kita mempunyai masalah yang dirasakan berat dan susah untuk dihadapi, luahkan pada orang yang kita percayai atau tempat yang sesuai. Hal ini kerana, kehidupan ini terlalu singkat untuk kita sentiasa tangisi. Bergembiralah untuk sesetengah hal. Hargailah kehidupan ini selagi kita masih punyai jiwa dan nyawa. Berusahalah sentiasa. Semoga kehidupan di alam sana lebih tenang buat kita semua.

Penulis,

Nabil Nur Akmal Bin Musa,

Mahasiswa di universiti tempatan.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.