fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Belajar Menjadi Seorang Guru Daripada Filem Adiwiraku

Sering terdengar omelan, ‘saya cikgu je atau ‘kerja biasa-biasa je, cikgu’. Apa definisi kerja biasa dan kerja luar biasa sebenarnya?

Menonton filem Adiwiraku membuatkan saya kagum dengan jiwa dan peribadi seorang guru bernama Cheryl Ann Fernando walaupun filem ini mengangkat watak murid-murid yang menjadi adiwira buat gurunya. Menjadi seorang guru bukan hanya memindahkan maklumat-maklumat daripada buku teks kepada muridnya malah menjadi guru bererti membentuk sebuah karakter murid yang mampan dan percaya akan diri sendiri.

Cikgu Cheryl menunjukkan contoh bahawa watak seorang guru bukan hanya berperanan di dalam kelas dan pada waktu sesi persekolahan namun guru juga harus memperuntukkan masa, tenaga dan wang tanpa mengharapkan balasan. Ketika Cikgu Cheryl mencari pelajarnya Kemboja yang tidak hadir ke sekolah dan berjumpa dengan ayahnya di rumah untuk memaklumkan perihal bahawa Kemboja adalah pelajar pintar yang mempunyai masa depan yang cerah, saya semakin faham bahawa apa lagi yang perlu ada pada seorang guru melainkan keyakinan dan harapan buat anak didikannya. Namun yang demikian, ada sesuatu yang menganggu fikiran saya ketika Cikgu Cheryl ingin membantu keluarga Kemboja dengan menghulurkan wang perbelanjaan dan dibalas oleh ayahnya, ‘sampai bila cikgu nak bantu?’.

Hal ini mengingatkan saya pada sebuah drama korea ‘School 2013’ yang juga mengetengahkan watak seorang guru yang mengambil berat tentang masalah yang menimpa muridnya dan akhirnya murid tersebut memilih untuk meninggalkan sekolah untuk membantu keluarganya setelah melakukan pelbagai peristiwa dan masalah di sepanjang persekolahan. Drama korea ni membawakan banyak lagi mesej yang berputar perihal seorang guru, murid dan pentadbiran sekolah. Apa yang membuatkan saya tertanya adalah sejauh mana seorang guru itu perlu ikut campur dan terlibat dengan permasalahan murid di luar sekolah apabila menyedari bahawa seorang guru juga mempunyai keterbatasannya yang tersendiri.

Menjadi seorang guru bukanlah suatu hal yang mudah. Hal ini adalah kerana, seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang kukuh dan mencukupi terhadap sesuatu subjek yang bakal diajar. Guru juga perlu mengetahui pedagogi dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan sehingga perlu menunjukkan karakter dan peribadi yang boleh dicontohi dan dijadikan inspirasi oleh semua murid. Seorang guru bukan sahaja mengajar, malah perlu sentiasa bersedia dan sanggup belajar daripada pengalaman dan anak muridnya.

“Anak murid daripada keluarga senang datang sekolah untuk menuntut ilmu, anak murid daripada keluarga susah datang sekolah untuk kasih sayang guru”.

Guru yang menginspirasi adalah mereka yang mempunyai kecintaan dan minat yang mendalam terhadap profesion keguruan dan saya percaya, Malaysia mempunyai ramai susuk jiwa dan peribadi seperti Cikgu Cheryl Ann Fernando namun hanyasanya ia tidak didendangkan.

 

Disediakan oleh,

Aimi Shatirah

 


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.