fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Ayuh Bersama Memeriahkan Gelombang #MalaysiaMembaca !

Pengenalan tanda pagar (#) MalaysiaMembaca oleh Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan membawa makna yang cukup besar dalam industri buku negara lebih-lebihlagi Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh badan UNESCO sekaligus membawa harapan untuk menjadikan negara ini sebagai negara membaca menjelang 2030. Tidak dapat tidak, kita masih terkebelakang dari segi bilangan buku yang dibaca oleh individu setiap tahun berbanding negara-negara Asia yang lain.

Kempen membaca bukanlah perkara baru dalam negara ini, bahkan slogan seperti ‘Mari Membaca Bersama’, ‘Membaca Merdekakan Minda’, ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’ dan sebagainya telah lama berakar umbi sejak sekian lama. Namun begitu, ia masih belum cukup untuk meletakkan kadar pembacaan rakyat di negara ini di tahap yang memuaskan.

Seperti yang disebut oleh YB Nurul Izzah di dalam buku ini bahawa masih ada pandangan golongan pembaca ini sebagai nerd dan antisosial yang menyebabkan budaya membaca ini dianggap ‘tidak cool’. Lebih memburukkan lagi pada waktu ini adalah kita berhadapan dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan yang menyebabkan seseorang lebih risau jika tidak mengikuti perkembangan teknologi tersebut.

Risalah #MalaysiaMembaca membawa pembaca untuk mengenal lebih dekat lagi apa itu makna membaca, bacaan yang mempengaruhi penulis, cara memupuk seseorang untuk membaca dan sebagainya. Saya bersetuju bahawa untuk mengajak seseorang untuk membaca bukanlah mengajak secara perintah, bahkan ia dilakukan melalui tindakan. Misalnya dalam konteks sosial media, kita berkongsi bahan bacaan dengan rakan-rakan kita melalui ulasan buku, petikan (quote) buku, dan lain-lain lagi.

Membaca ini bukanlah satu hal yang remeh bahkan menjadi satu perintah yang diturunkan oleh Allah sebagaimana terkandung dalam Surah al-‘Alaq.

“Bacalah dengan nama tuhamu yang menciptakan.”

Buku Malaysia Membaca boleh dibeli melalui pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/risalah-malaysiamembaca/

Oleh: Muhammad Syahiran Ramli

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.