fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Iqbal : Falsafah Sastera Sebagai Lidah Kebenaran

Ayat pertama yang diungkapkan dalam kitab Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun pada pasal ke-47 berbunyi, “Ketahuilah, hal pertama yang menjadi nilai sastera terletak bukan pada maknanya tapi pada lafaznya”. Hal inilah yang menyebabkan sastera sering dipandang sepi oleh masyarakat umum karana ia tidak dipandang sebagai alat yang bermanfaat untuk kemajuan sebuah masyarakat melainkan hanya diambil sebagai penyedap telinga dan hiburan semata-mata. Agak mengecewakan apabila kedudukan Al-Allamah Iqbal sebagai penyebar ‘kebenaran’ telah dilupakan atau mungkin saja cuba disembunyikan dari mata masyarakat. Beliau sebagai seorang penyair telah menggunakan puisi-puisinya sebagai alat untuk menyampaikan apa yang beliau fikirkan sebagai satu kebenaran. Justeru, di sinilah terletaknya kebesaran beliau sebagai seorang penyair yang mempunyai keberanian yang jitu mempamerkan kebenaran  dalam syair-syair beliau.

Persoalannya, bagaimanakah bentuk ‘kebenaran’ yang sering diluahkan oleh Iqbal lewat karya-karyanya? Melihatkan sosok Al-Allamah Iqbal sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama sedari kecil hasil didikan kedua orang tuanya yang sangat menitikberatkan pendidikan agama mungkin membuatkan kita membina andaian tentang bentuk-bentuk luahan karya beliau berkisar lewat tentang ketuhanan atau perjalanan mencari Tuhan. Sebaliknya, beliau kelihatan lebih mencari ‘manusia’ lewat puisi-puisinya yang halus dan mempesona itu. Dalam erti kata lain, beliau lebih menumpukan perhatiannya dalam membela nasib sesama manusia melalui karya sasteranya.


Penyair agung kelahiran Sialkot, Pakistan ini telah menunjukkan sikap prihatinnya dengan memberikan penghargaan terhadap manusia tentang makna harga diri lantas mejelaskan  tentang takdir-takdir manusia sehingga usaha beliau dipandang sebagai penawar bagi manusia yang teraba-raba dalam kegelapan dan mencari-cari perlindungan dari ancaman golongan manusia yang terbabas dalam kancah materialisme, imperialisme, fasisme, komunisme, dan sebagainya.


Selain dari itu, beliau juga menerangkan kepada masyarakat jalan bagaimana manusia dapat mengembangkan diri (self-transcendent) dalam erti kata lain bekerja untuk diri sendiri bagi menentukan takdir mereka sendiri.  Falsafah al-Allamah Iqbal pada hakikatnya adalah mengenai falsafah ‘peribadi’. Beliau mengatakan bahawa manusia harus mengenali personaliti mereka untuk mencapai ‘harga diri’ mereka dengan cara memperjuangkan kebebasan. Sebab itu, beliau berjuang kearah penghapusan sistem politik yang menindas dan menghambakan rakyat bawahan yang sering dilakukan oleh golongan pemimpin mahupun golongan elit hatta golongan agamawan.


Beliau mengecam hebat golongan elit serta agamawan yang sewenang-wenangnya merampas harta negara untuk kepentingan sendiri dan keluarga mereka. Hal ini membuatkan beliau melihat perhambaan politik dan ekonomi sangat menguntungkan mereka dan dalam masa yang sama menindas pihak yang lain. Tidak hairanlah beliau sering disebut-sebut sebagai pemegang fahaman sosialisme dan pengkagum idea-idea  karl Marx sehingga dibenci dan diperlekeh segelintir golongan fanatik agama.


Harus kita ingat al-Allamah Iqbal adalah seorang yang objektif pemikirannya bukan konklusif. Beliau menyokong idea-idea Karl Marx tentang konflik antara kelas kerana itulah realiti hidup yang berlaku sedari dulu hingga kini dan perlu diperhalusi oleh semua pihak bagi mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak baik kepada sesuatu pihak seperti penindasan dan kezaliman. Sebaliknya beliau seorang yang sangat teguh berpegang pada ilmu Tauhid, tidak pernah menyetujui idea pengasas komunisme itu tentang aspek-aspek agama dan ketuhanan kerana mereka sama sekali tidak mempercayai kewujudan Tuhan sekalipun.


Dalam syairnya beliau mengungkapkan:
“Manusia masih terus menjadi mangsa dariEksploitasi dan imperialismeBukankah ini suatu bencana yang sangat menyedihkanManusia harus menjadi mangsa dari manusia?”


Al-Allamah Iqbal mengambil usaha menyelamatkan kaum Muslim dari pengaruh-pengaruh yang diterima mereka dari orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh yang cuba mengeksploitasi golongan kelas bawahan disamping cuba menghapuskan pengaruh imperialisme. Imperialisme yang dimaksudkan beliau di sini ialah golongan manusia yang beragama Islam tetapi mempunyai perwatakan ‘penghisap darah’ Muslim yang lain yang jauh lebih lemah dari golongan Imperialisme tersebut. Dengan itu, beliau berpendapat apabila semua ini dapat dicapai maka apa yang terkandung dalam ide Islam yang mempropagandakan tentang keadilan sosial dapat dikecapi oleh sekalian manusia.


Beliau berpendapat pemimpin mempunyai fungsi yang besar untuk memajukan taraf sosial seluruh rakyatnya tanpa menafikan atau melebihkan hak pihak-pikak tertentu demi kepentingan sendiri. Baginya, harta nagara bukanlah kepunyaan golongan elit tetapi harus dinikmati oleh seluruh rakyat di bawah pemerintahan pemimpin tersebut. Menurutnya lagi, kependetaan atau kepadrian dalam agama kristian atau ahli-ahli agama dalam Islam juga menjadi alat yang ampuh untuk menghambakan rakyat dengan maksud merampas sesuatu dari hak rakyat bagi diri mereka sendiri. Mereka telah menjadikan agama sebagai alat untuk menghambakan manusia bukan untuk mentaati apa yang terkandung dalam al-Quran.


Kesan daripada keberanian beliau mendedahkan ‘kebenaran’, beliau sering diancam hebat oleh golongan yang berasa terancam dengan teguran-teguran jujur beliau lewat hasil sasteranya meski berupa bahasa yang sangat halus namun menikam bagi golongan-golongan tertentu. Namun, ternyata beliau tidak gentar walau sedikit justeru tidak hairanlah setelah 47 tahun, al-Allamah Iqbal masih tetap terpahat dalam ingatan manusia di seluruh dunia.
Kemuliaan al-Allamah Iqbal pada pesona sasteranya tidak terhad pada kesenian semata-mata tetapi dengan adanya nilai kemanusiaan yang diluahkan melalui karya sasteranya, ia dipandang sebagai sebuah ‘kebenaran’ yang harus didedahkan kepada umum demi menyelamatkan  hak sesama manusia dan menjaga kemaslahatan sekalian manusia dari kezaliman golongan yang tidak mengerti eri kehidupan sebenar.


Oleh: Athiah Mohd Noor
Graduan IIUM Gombak

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.