fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Aku, Dia dan HAMKA

Dulu seringkali saya terlihat buku yang tertulis nama pengarangnya HAMKA.

Namun tidak pernah walau sedetik lebih untuk cuba membaca tajuk buku tersebut dengan penuh perhatian. Hanya sekilas memandang nama pena penulis sahaja.

Ada juga terdengar nama HAMKA disebut-sebut namun aku tak pernah beri perhatian langsung. Sebab pandangan naifku ketika dulu, orang yang hebat itu mestilah nama depannya seorang Ustaz ataupun Syeikh dan sebagainya.

(Tak banyak buku yang letak nama Prof HAMKA)

Setelah sampai di Bumi semenanjung untuk melanjutkan pengajian pada tahun 2012, saya masih lagi tidak sinonim dengan nama HAMKA.

Perhatian dan keterujaan saya hanya kepada Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Tok Guru Nik Aziz (TGNA). Saya suka membaca dan mendengar ceramah mereka. Kalau TGNA perlukan translater, nasib baik kawan sebilik jadi penterjemah secara percuma. Maklumlah, TGNA kecek kelate boh.

Sehinggalah tahun 2017 iaitu pada awal tahun lepas baharu saya betul-betul mendalami karya HAMKA secara progresif. Malah, saya juga baru tahu bahawa aksara HAMKA adalah gabungan nama beliau.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah. HAMKA. Itulah nama penuh daripada aksara tersebut. Bermula detik itu saya cuba mencari satu buku HAMKA dan kebetulan semasa ceramah Rafizi Ramli di Felda Trolak ada warung buku dibuka untuk jualan.

Saya beli dan baca buku Falsafah Hidup.

Falsafah Hidup

Saya membaca dengan tekun dan buku tersebut dapat dihabiskan secepatnya. Mengagumkan. Itulah perkataan pertama yang muncul dari desis hati saya yang paling dalam.

Saya terfikir, kenapa dulu saya tak baca buku-buku karya HAMKA?

Ada rasa menyesal sebab tak baca karya beliau, maka dikesempatan yang ada saya cuba untuk beli semua buku-buku beliau walaupun dalam keadaan darurat.

“It’s better late than never”.

Maka saat ini saya berazam untuk membaca kesemua buku-buku HAMKA. Saya mulakan pencarian tajuk buku-buku karangan beliau. Malah, saya juga baru tahu bahawa magnum opus (karya agung) HAMKA adalah Tafsir Al-Azhar yang beliau karang ketika berada di dalam penjara selama 3 tahun di bawah pemerintahan Orde Lama oleh regim Sukarno.

Saya bertambah kagum dengan sosok yang namanya HAMKA yang menghasilkan naskhah yang menjadi rujukan buat ummah pada zaman dulu dan kini.

Bukanlah mudah untuk menghasilkan Kitab Tafsir Al-Quran. Malah ulama-ulama hebat seperti Ibnu Katsir, Imam As-Suyuthi, Imam Ath-Thabari dan yang lainnya menjadi hebat kerana karya Tafsir Al-Quran yang mereka hasilkan.

Dapatan saya mendapati bahawa naskhah buku karangan HAMKA dikeluarkan oleh Gema Insani (Press) dan Republika di Indonesia. Malah, toko buku terbesar di Indonesia seperti Gramedia juga ada menjual buku-buku tersebut di Indonesia.

Di Malaysia, Pustaka Dini adalah penerbit buku-buku karangan HAMKA. Namun, sejak kebelakangan ini PTS Publication juga sedang berusaha menerbitkan naskhah buku-buku karangan HAMKA dengan persembahan buku yang sangat menarik.

Malah sebelum PTS Publication, Jejak Tarbiah (JT) juga telah mendahului dengan menjual buku-buku karangan HAMKA yang diperolehi dari negara seberang.

Ada juga beberapa buku HAMKA yang mereka terbitkan.

Sepanjang penaakulan ketika membaca buku-buku HAMKA, saya dapati bahawa perwatakan dan personaliti HAMKA memang layak untuk digelar sebagai seorang ulama.

Malah, ini dikuatkan lagi dengan pengiktarafan Universiti Al-Azhar yang memberikan gelaran Doktor Kehormat bagi beliau pada tahun 1959, Universiti Moestopo Jakarta tahun 1960 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1974.

Bayangkan, Universiti terkemuka dalam dunia Islam seperti Al-Azhar memberikan penghormatan sebegitu kepada beliau.

Sudah pasti ini adalah manifestasi kepada keilmuan dan sumbangan HAMKA kepada umat seantero pelususk dunia Islam. HAMKA juga pernah dilantik menjadi Ketua Umum bagi Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada tahun 1977 sehingga tahun 1981.

Padahal HAMKA tidak pernah pun belajar setinggi peringkat universiti. Malah, dengan kemampuan dan usaha gigih beliau, beliau mampu membuktikan bahawa Ilmu itu bukanlah sesuatu perkara yang bersifat setempat sahaja.

Kalau ditelusuri perjalanan biografi HAMKA maka kita akan dapati bahawa dia hanya masuk ke sekolah dasar (rendah) sahaja itu pun tidak habis.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di pondok atau pesantren. Dan beliau berkelana jauh ke Kota Makkah untuk belajar bahasa Arab sambil menunaikan ibadah Haji pada tahun 1927.

Malah ada satu nukilan yang mengatakan bahawa kehebatan HAMKA adalah kerana kekuatan dan keinginannya dalam mencari Ilmu.

Malah, HAMKA merupakan seorang lelaki yang suka membaca, membaca, membaca dan menulis.

Malah hasil karyanya melebih 70 buah tajuk daripada pelbagai dimensi lapangan ilmu baik tasawuf, sastera, politik, fiqh, sejarah, tafsir, teologi, dan ilmu falsafah.

Diskusi?

Iya. Beliau juga selalu berdiskusi dan bertukar-tukar fikiran dengan ulama-ulama besar yang ada di indonesia. Malah beliau turut berdiskusi dengan pimpinan agama lain ketika berada di bumi Amerika. Kalian bacalah sorotan pengalaman perjalanan HAMKA di Amerika selama 4 bulan. Boleh beli di pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/4bulandiamerika-jilid-1/

HAMKA merupakan seorang lelaki yang berjiwa besar, malah beliau mengutip segala hikmah dan pelajaran besar ketika di bumi Uncle Sam untuk dijadikan iktibar dan tauladan buat masyarakat Indonesia.

Dalam buku 4 Bulan Di Amerika, HAMKA berpendapat bahawa ILMU adalah perkara yang boleh menjadi landasan kepada etika, cara berfikir, gaya hidup, malah dalam segala aspek kehidupan. Ini merangkumi dari sudut politik, falsafah, sosial, budaya dan pendidika.

Meskipun Amerika merupakan negara yang secara amnya bukan masyarakat Muslim, namun, segala karakter dan pembudayaan etika, ilmu, demokrasi bahkan hatta segala yang terkait dengan amal kehidupan dunia dekat dengan aspek dan nilai Islamiyyah.

Paling ketara adalah pembudayaan ilmu dan estetika hubungan sosial dari sudut positif.

Malah HAMKA juga kaya dengan bidalan dan pepatah ringkas namun membawa maksud yang sarat dan padat dengan hikmah dan pengajaran.

Untuk saya catatkan kesemuanya disini mungkin agak payah, namun ada beberapa ungkapan yang meninggalkan bekas yang tajam di hati bila membaca nukilan tersebut.

Malah meskipun singkat ia mempunyai nilai dan pengajaran tersendiri.

Salah satu daripadanya adalah ungkapan seperti di bawah,

“Hidup ini bukanlah suatu jalan datar dan disirami bunga, melainkan diisi dengan darah dan airmata.”

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau hidup sekadar berkerja, kera di hutan juga berkerja.”

“Jangan pernah takut untuk memanjat, kerna hanya orang yang pernah memanjatlah tahu sakitnya ketika jatuh.”

“Kenapa airmata itu masin, kerana ia adalah garam kehidupan”

Pada tarikh 24 Julai 1981, tepat jam 10. 37 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.

Akhirnya, selain HAMKA, aku juga mengenali seseorang yang hidupnya begitu obses kecintaannya terhadap ulama nusantara tersebut.

Dia sanggup berkelana jauh semata-mata ingin mendapatkan naskhah buku-buku HAMKA walaupun dengan segala keterbatasan dan kekurangan dirinya.

Saya merasa cukup kagum dan terinspirasi tentang jerih perih seseorang yang mencintai ulama nusantara yang bernama HAMKA.

Malah, setiap butir dan kalimah bicaranya, maka dia akan kaitkan dengan nukilan dan kata-kata yang dipetik daripada HAMKA.

Meskipun saya hanya mengenalinya selama beberapa hari (tidak sampai sebulan) namun saya melihat kecintaannya terhadap HAMKA begitu asyik dan mendamaikan.

Semoga saja saya juga mampu untuk mencintai dan mengasihi ulama-ulama muktabar yang selama ini kehidupan mereka dihabiskan untuk ummah.

Benarlah kata-kata Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,

“Ulama itu penyuluh buat ummah pada zamannya.”

Melihatkan karakter dan personaliti dirinya, menyakinkan bahawa dia mencintai sosok ulama ini bukan kerana taksub dan juga mengkultuskannya.

Namun ia cuma sekadar kecintaan kepada sang ulama yang menjadi pencerah buat ummah yang bukan sahaja di Indonesia malah, jauh di bumi pelusuk Sabah.

Meskipun dia tidak sempat untuk membaca catatan ini, namun saya yakin bahawa jika dia masih lagi hidup, pasti ia akan tetap memiliki rasa cinta seteguh batu karang yang ada dilautan.

Malah mungkin juga kasihnya masih dalam persis dalamnya jurang Marina di lautan pasifik. Kini, dia telah pergi buat selamanya.

Yang tinggal hanya dua bait nama yang tersergam indah dalam lubuk hati yang paling dalam, terangkum bersama janji-janji yang terpatri dalam momen kebersamaan.

Semoga sahaja dia tenang, bahagia, dan sentosa bersama dengan amal kebaikan yang dia lakukan semasa di dunia.

Pesannya dulu masih mengusik kenangan dan terhunjam disanubari.

“Hiduplah kau dalam keadaan yang terpuji dan senantiasa disanjung tinggi.”

Al-Fatihah buatmu teman bukuku.

Oleh: Rashidin Idris

  1. Suka tgk rncgn menjejak HAMKA di Astro oasis

Leave a Reply

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.