Kisah ini mengikuti Iqbal dan sahabat-sahabatnya sebagai mahasiswa di Jordan yang berdepan pelbagai ujian—daripada cinta terpendam hingga perjuangan membela Palestin yang mengorbankan kebebasan sahabat mereka, Aiman. Disulami nilai ukhuwah dan tanggungjawab sosial, Sesegar Nailofar mengangkat makna persahabatan dan perjuangan hidup yang meninggalkan kesan mendalam di hati.
Reviews
There are no reviews yet.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.
Reviews
There are no reviews yet.