Sememangnya Al-Quran tidak mengkastakan mana-mana surah. Tiada surah yang lebih baik daripada surah lain dan hakikatnya, semua surah adalah terbaik. Namun setiap surah mempunyai ciri-ciri dan sudut keajaibannya tersendiri, dan di dalam hal ini, sesuai dengan pendekatan Jejak Tarbiah sebagai sebuah komuniti yang konsisten mengangkat kesusasteraan sebagai sebuah wacana, maka Surah Yusuf sangat selari dan tepat untuk diwacanakan.
Menyuntik kekuatan spiritual kepada peserta.
Sebagai sebuah surah yang disebut sebagai “ahsanal qasas”, Surah Yusuf adalah sebuah cerita panjang yang sangat sempurna melalui mesejnya dan cara mesej itu disampaikan. Perjalanan Nabi Yusuf ialah sebuah perjalanan spiritual’ yakni perjalanan yang menempuhi pelbagai derita, sengsara dan tragedi yang tidak pernah boleh difahami oleh akal fikiran, tetapi boleh dirasai dengan hati dan perasaan. Mengetahui betapa terujinya Yusuf dan bagaimana kekuatan tawakkal menyelamatkannya pastinya akan menyuntik kekuatan kepada semua peserta dan sekali gus menguatkan kebergantungan (tawakkal) kepada Allah S.W.T.
Menjadikan Nabi Yusuf alaihissalam sebagai seorang motivator paling berkesan.
Tidak hanya spiritual, Surah Yusuf mempunyai kekuatan emosi yang sangat berkesan. Dengan memahami apa, kenapa, dan bagaimana surah ini berfungsi akan memberikan kepada peserta kekuatan emosi yang segar dan praktikal di dalam segenap sudut ujian kehidupan. Hal ini kerana Surah Yusuf ialah sebuah cerita kehidupan yang menyentuh semua genre; keluarga, jenayah, cinta, kedengkian, masyarakat, politik, ekonomi, persahabatan, perhambaan, penyiasatan, undang-undang dan banyak lagi.
menyentuh, mengupas dan meneroka makna di sebalik pengistilahan, struktur ayat, pendedahan babak, perum-pamaan, dialog, naratif, nada, sekuen penceritaan, kekemasan plot, kekuatan watak dan perwatakan, juga konsistensi tema dan mesej yang ingin disampaikan melalui rujukan penuh terhadap bahasa asal iaitu bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran.
menjadikan kefahaman melalui bahasa sebagai jambatan kepada dakapan makna yang terselit secara heirarki di dalam Surah Yusuf. Persoalan emosi, kepercayaan, kebergantu-ngan, doa, kehidupan dan corak ujian-ujiannya, akan dijadikan sebagai kes studi untuk memastikan pemaha-man Surah Yusuf sentiasa relevan dan praktikal.
Mengenal Surah Yusuf
Mimpi Dan Permulaan Perjalanan Seorang Hamba
Tercemarnya Sebuah Hubungan Persaudaraan
Terbuang Seorang Diri
Menjadi Rakyat Kelas Bawahan
Tragedi Luka di Istana al-Aziz
Antara Sempitnya Kamar Penjara dan Luasnya Cinta Yang Maha Merencana
Mimpi Seorang Raja
Kebijaksanaan Seorang Bendahara
Ke Pangkuan Ayahanda
Kini, Segala Mimpi Menjadi Realiti