fbpx

PELITA YANG MENERANGI

SIRAH DI SEBALIK SURAH

Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai “tafsiran” kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan yang boleh dijadikan ibrah agar kita tidak hanya meneliti al-Quran, malah turut berinteraksi dengan sirah hidup Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.

Kronologi surah dalam buku ini terbahagi kepada 6 fasa iaitu :

FASA 1

Pertabalan dan Misi Dakwah Secara Rahsia

FASA 2

Dakwah Secara Terbuka.

FASA 3

Pembantaian Umat Islam di Makkah

FASA 4

Peristiwa Israk Mikraj & Penghijrahan ke Yathrib

FASA 5

Madinah Bertahan : Kehidupan Baharu di Madinah

FASA 6

Madinah Ofensif

EKSKLUSIF !!

PETA SIRAH SURAH SEBAGAI PANDUAN RINGKAS

TERHAD !! POSKAD ISTIMEWA UNTUK 2000 PEMBELI TERAWAL

Tapi Tunggu Dulu !

Ingin dapatkan Penghantaran Percuma ?

Mari dapatkan

KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN JUGA BUKU "NURAN MUBINA" ?

TADABBUR RINGKAS 30 JUZUK AL-QURAN

Naskhah ini memuatkan pebagai perincian berkenaan sudut keajaiban al-Quran, antaranya :

  • Perbezaan sujud kepada Nabi Adam a.s. dengan selawat kepada Rasulullah SAW.
  • Iblis menjelma menjadi Suraqah?
  • Nabi Musa a.s. yang budiman.
  • Hukum fizik dan pemusnah Abrahah.

Dan banyak lagi topik menarik yang dibahaskan. Dengan tafsiran yang bersendikan dalil al-Quran dan hadis, penulis memandu para pembaca untuk mendalami keajaiban al-Quran yang sememangnya membuktikan bahawa — inilah mukjizat terunggul yang pernah diturunkan buat umat manusia.

SIRAJAN MUNIRA VS NURAN MUBINA

Dalam menelusuri arus kehidupan, panduan yang benar amat didambakan. Lantaran itu, al-Quran diturunkan sebagai cahaya yang menerangi setiap langkah perjalanan manusia. Kitab agung ini bukan sahaja dipersembahkan dalam keindahan bahasa yang tiada taranya, malah sarat dengan keajaiban dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya.