“KOMUNITI JEJAK TARBIAH ditubuhkan dengan visi menjadi pencetus kepada gerakan memasyarakatkan ilmu dan budi melalui tiga teras utama gerak kerja iaitu, aktiviti berkaitan buku, penganjuran wacana dan trip kembara. Kami percaya tiga teras tersebut akan melahirkan generasi anak muda yang mampu menghadapi cabaran zaman dengan mempraktikkan tradisi budaya Nusantara dan nilai agama. Impian kami untuk menjadikan Jejak Tarbiah sebuah platform yang menawarkan pendidikan alternatif sebagai nilai tambah kepada usaha membangun akal masyarakat.”