Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai “tafsiran” kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan yang boleh dijadikan ibrah agar kita tidak hanya meneliti al-Quran, malah turut berinteraksi dengan sirah hidup Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.
Kronologi surah dalam buku ini terbahagi kepada 6 fasa iaitu :
Pertabalan dan Misi Dakwah Secara Rahsia
Dakwah Secara Terbuka.
Pembantaian Umat Islam di Makkah
Peristiwa Israk Mikraj & Penghijrahan ke Yathrib
Madinah Bertahan : Kehidupan Baharu di Madinah
Madinah Ofensif
Naskhah ini memuatkan pebagai perincian berkenaan sudut keajaiban al-Quran, antaranya :
Dan banyak lagi topik menarik yang dibahaskan. Dengan tafsiran yang bersendikan dalil al-Quran dan hadis, penulis memandu para pembaca untuk mendalami keajaiban al-Quran yang sememangnya membuktikan bahawa — inilah mukjizat terunggul yang pernah diturunkan buat umat manusia.
Dalam menelusuri arus kehidupan, panduan yang benar amat didambakan. Lantaran itu, al-Quran diturunkan sebagai cahaya yang menerangi setiap langkah perjalanan manusia. Kitab agung ini bukan sahaja dipersembahkan dalam keindahan bahasa yang tiada taranya, malah sarat dengan keajaiban dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya.