Hasrizal Abdul Jamil berasal dari Ipoh, Perak. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion of Belfast Islam Centre di bawah tajaan The al-Maktoom Foundation, Emiriah Arab Bersatu (UAE) di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.
Kini, beliau bermastautin di Naas, Ireland selepas 4 tahun tinggal di Oulu, Finland. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School Rendah dan Menengah. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menyemak dan menganalisis kurikulum dan sistem Pendidikan Negara untuk penambahbaikan bersama 12 orang pakar pelbagai bidang yang telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.
Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Hasrizal terlebih dahulu dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com. Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu ialah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, beliau telah mengarang 21 buah buku.
Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak. Berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Buku ini merupakan buku terbitan semula yang telah diberikan suntingan dan nafas baru
dan kami percaya buku-buku ini masih dapat memberi manfaat sehingga kini.
Terhad untuk 1000 orang yang terawal sahaja ya…
TIGA jenis kombo.
Hanya harga Kombo Sehidup Sesyurga yang termasuk kos pos.
10 September 2022.
Belum ada tarikh yang spesifik. Tetapi yang pasti bergantung dengan jumlah stok yang agak terhad.