fbpx
Your Cart

011-2906 2609

Pos berjalan setiap hari kecuali Sabtu & Ahad

UWAIS AL-QARNI – TERJEMAHAN NAJIBAH ABU BAKAR

Purchase this product now and earn 25 points!RM25.00

SINOPSIS

Ini sebuah kisah penuh keajaiban. Keajaiban yang mencabar keimanan kita terhadap Maha Penguasa.

Manusia pertama, Adam, ialah keajaiban teragung. Begitu juga mukjizat yang dibuktikan oleh para Nabi, dari Adam hingga Muhammad, serta para solihin dan wali Allah dalam lipatan sirah. Tiada penjelasan yang rasional mengenai

Keajaiban-keajaiban ini, apatah lagi hujah untuk menolaknya.

Kami memutuskan untuk menerbitkan kisah ini dengan keyakinan bahawa Uwais al-Qarni bukanlah mitos-empunya nama ini benar-benar hidup pada zaman Rasulullah. Gaya hidup dan kecintaannya yang tinggi terhadap Nabi memungkinkan kewujudan beliau diperakukan oleh Nabi. walaupun kedua-duanya tidak pernah bertemu secara bersemuka-namun kedua-duanya saling berhubung secara misteri.

Kisah ini berkisarkan keperibadian beliau yang tersembunyi, yang selalu terselindung daripada pandangan khalayak. Kehidupannya adalah ketakwaan, selalu dekat kepada Sang Pencipta. Kecintaannya terhadap kesunyian dan tawakkul (keberserahan kepada Allah) ialah akar kepada kisah ini. Hidup beliau mengingatkan kita akan sabda Nabi :

“Tidak ada antara kalian yang boleh menjadi orang yang benar-benar beriman sehingga dia memandang Allah dan Rasul-Nya sebagai yang lebih disayangi daripada yang lain.”

Out of stock

Waktu Operasi Isnin – Jumaat

9.00 a.m. - 5.00 p.m

Penghantaran percuma

Pembelian minimum RM250

Langkah Pembelian Mudah

Pilih → Tambah Ke Troli → Bayar

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa