Tentang… Dhiya
Mereka ‘terpaksa’ kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif bagi bakal arkitek itu! Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.
Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya…!
II
Namun takdir telah menemukan mereka lagi; kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi ‘masalah’ kepada Dhiya. Lalu apa pula langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu, apa sudahnya. Berpalinglah… jika itu yang terbaik!
******
SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang… Dhiya. Watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan pembaca. Cerita ini, cetakan biru (blueprint) kepada karya-karya SYUD seterusnya. – Noor Suraya, Editor
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.