fbpx
Your Cart

011-2906 2609

Pos berjalan setiap hari kecuali Sabtu & Ahad

Sirajan Munira – Syaari Ab Rahman & Fakhrul Islam

Purchase this product now and earn 55 points!RM55.00

Sudah tercatat dalam lembaran sirah, bahawa al-Quran berjaya melahirkan generasi manusia yang berkeperibadian mulia, iaitu para sahabat r.a.. Keteguhan prinsip, ketakwaan serta budi pekerti mereka cukup disegani sehingga masa kini. Namun, mengapa kita yang turut membaca kitab yang sama — tidak berupaya meneladani mereka?

Barangkali situasi ini berlaku kerana pembacaan sirah kini hanya berlegar sekitar pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku, lokasi ia terjadi dan sesiapa yang terbabit. Sedangkan salah satu tujuan daripada pembelajaran sirah adalah untuk memahami proses pendidikan wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan generasi para sahabat.

Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai “tafsiran” kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan yang boleh dijadikan ibrah agar kita tidak hanya meneliti al-Quran, malah turut berinteraksi dengan sirah hidup Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.

150 in stock

Waktu Operasi Isnin – Jumaat

9.00 a.m. - 5.00 p.m

Penghantaran percuma

Pembelian minimum RM250

Langkah Pembelian Mudah

Pilih → Tambah Ke Troli → Bayar

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa