Description
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah sebuah catatan kembara. Kembara yang melihat dengan hati. Kembara yang bertujuan untuk memahami cara kerja Allah pada alam dan manusia. Pada Syariatullah dan Sunnatullah yang mengaturnya.
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di bumi Khilafah Othmaniyyah, Turki, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Pada penulis kesemua mereka adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.
Reviews
There are no reviews yet.