Rencana (Planner) Jawi 2020

RM50.00

Daftar Rencana (Planner) Jawi 2020
Akademi Jawi Malaysia

Tarikh mula edaran: 10 Disember 2019

Menjelang tahun 2020, sudah tentu kita mempunyai pelbagai rencana yang perlu kita aturkan.

Orang yang tersusun hidupnya, bijak mengatur rencana hariannya.

Oleh itu, sudah tentu sebuah daftar rencana amat diperlukan bagi setiap seorang yang ingin berjaya.

Istimewanya untuk tahun 2020 ini, Akademi Jawi Malaysia bakal menerbitkan Daftar Rencana atau planner 2020.

Adapun beza Daftar Rencana Jawi ini dengan planner yang ada di pasaran ialah, ia disuratkan sepenuhnya dalam bahasa Jawi.

Kandungan
• Mengandungi takwim Hijriyyah dan Miladiyyah, kalender cuti umum Malaysia dan rencana tahunan.
• Untuk setiap satu bulan, kami juga muatkan Gurindam 12 Raja Ali Haji.
• Mempunyai halaman kosong untuk memudahkan catatan dan lakaran.
• Pada bahagian halaman terakhir, kami muatkan Galuran Sejarah Bahasa Jawi.

Penjilidan
Apa yang lebih membezakan Daftar Rencana Jawi kami dengan yang lain ialah hasil pembuatannya.

Ia dijilid mengikut kaedah penjilidan keras tradisi Islam dengan kemasan tinta emas.

Kertas yang digunakan juga bermutu tinggi serta tahan lama.

Pemeribadian/Personalization
Paling penting, jika anda menempah Daftar Rencana Jawi kami ini, kami boleh menuliskan nama anda dalam Jawi dengan tinta emas di bahagian tulang buku.

Out of stock

Penghantaran Percuma Untuk Pesanan Berikut :

  • Pembelian minimum RM250
  • Pakej Kombo.
Guaranteed Safe Checkout

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.