fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI
-10%

MENGHARMONIKAN AGAMA DAN FALSAFAH

RM30.00 RM27.00

Out of stock

Fasl al-Maqalti mà Bayna al-Hikmah Wa al-Shari’ah min al-Ittisal adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai ‘batu asas’ kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahāfut al-Tahäfut.

Buku ini diterjemahkan dengan tajuk Mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain – yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. Tetapi Fasl
al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti
al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali.

Sebuah karya yang sangat wajar untuk ditelaah oleh orang awam mahupun para ilmuan. Perbahasan-perbahasan di dalamnya adalah malar segar dan wajar untuk diwacanakan di ruang-ruang awam mahupun kelompok-kelompok intelektual. Ya, karya ini ringkas, tetapi percayalah, ia sarat dengan ilmu.
Walaupun Ibn Rushd menulis karya ini dalam medan ruang-masa yang spesifik, idea-ideanya masih relevan untuk diwacanakan sesuai dengan perkembangan ilmu hari ini.

Beli juga

produk serupa

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.