Kombo Rozanna terdiri daripada 4 buku
1. May
Jika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?
Bujang – berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.
Adli – begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya – menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.
Namun, kehadiran “jam” yang misteri telah mengubah segala-galanya.
2. Hiraeth
Yang membataskan langkahmu hanyalah ketakutan seorang dewasa!
Zahra — terpaksa menangguhkan semester PhD-nya dengan sejuta cerita terpendam. Dia memilih alam muzik tanpa mendedahkan punca sebenar: kanser glioblastoma, rahsia tersembunyi di sebalik senyuman pahit yang tergarit.
Fared, pelarian Syria, membawa luka-luka yang merintis kisah kehilangan keluarga. Tragis, sarat dengan duka yang tidak pernah berkesudahan.
Pertemuan mereka di Jerman bukan sekadar kebetulan, tetapi membawa harapan baru yang mengubah rentetan hidup mereka.
Ini bukan kisah semata-mata tentang mengejar impian. Namun kisah perjuangan menakluk impian dalam sisa-sisa waktu yang tertinggal.
Persoalannya, adakah akan kesampaian?
3. Memburu Sulaiman
Di suatu zaman ketika bumi ini belum bernama Tanah Melayu, manusia masih berbicara dengan roh dan percaya pada tanda-tanda langit.
Lalu tersebarlah kisah tentang sebuah kitab purba — peninggalan seorang raja yang mampu menundukkan makhluk dan menimbang rahsia langit. Ada yang mencari kerana kuasa, ada kerana ilmu, ada kerana takut dilupakan.
Dari pelabuhan yang bergelora hingga ke gunung yang diselubungi kabus, mereka memburu sesuatu yang tidak pasti — dan setiap langkah membawa mereka semakin jauh dari cahaya.
Memburu Sulaiman mengajak pembaca menelusuri dunia yang pekat dengan ritual, khianat, dan renungan tentang makna kebenaran. Ia dunia yang sunyi dan magis, di mana manusia diuji antara takdir dan keinginan.
Bacalah jika kau ingin merasai debar misteri, kabus sejarah, dan suara batin yang mempersoalkan:
apa sebenarnya yang sedang kita buru dalam hidup ini?
4. Mengejar Taming Sari
Melaka, tahun 1551. Kota yang pernah menjadi nadi dunia kini bernafas dalam cengkaman Peringgi.
Di tengah riuh pasar, dentangan genta dan kesuk-kesik di pelabuhan, seorang gadis Pahang bernama Nasrah hadir bersama bakat menekat yang halus dan kerinduan pada suami yang tidak tertanggungkan.
Pada setiap helaian benang yang disulam, terbongkar cetera dan pertemuan yang beragam. Nasrah terbelit oleh janji sang petinggi licik untuk menemukan keris Taming Sari dengan nyawa suami sebagai galang ganti. Bersama harapan agar mereka menyatu kembali, dia terpaksa mempertaruhkan segalanya walau terpaksa bersekongkol dengan penjajah di negeri nan bersejarah.
Dalam kota penuh tipu daya, Nasrah berhadapan dengan pakatan rahsia, kehilangan perit dan kebenaran yang menggoncang keamanan wangsa.
Apakah masih ada peluang untuk dirinya mengecap bahagia, setelah semua janji dan amanat telah terlaksana?
Mengejar Taring Sari ialah hikayat tentang semangat perjuangan yang tetap menyala dan wanita yang menenun semula maruah bangsanya dengan darah serta air mata.
| Weight | 0.8000 kg |
|---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.


Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?

Reviews
There are no reviews yet.