fbpx
Your Cart

011-2906 2609

Pos berjalan setiap hari kecuali Sabtu & Ahad

Biar Sedikit – Ustaz Zarifi Daud

Purchase this product now and earn 25 points!RM25.00

Category

SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT

Orang yang patut kita bandingkan dirinya dengan diri sendiri adalah kita yang semalam. Setiap hari, kita harus berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana setiap hari yang baru adalah peluang daripada Allah untuk kita bertaubat dan memperbaiki diri.

Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan. Kata kunci utamanya ialah berterusan. Kadang-kadang, kita ini begitu berkobar-kobar ingin berhijrah ke arah yang lebih baik sehingga kita melakukan pelbagai perubahan besar dalam satu masa demi mencapai hasrat tersebut. Tetapi, apabila kita mula letih, muncul rasa putus asa dalam diri sehingga akhirnya semuanya terkubur.

Hakikatnya perkara besar itu dicapai dengan perkara-perkara kecil, seperti pepatah Melayu sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jadi, kita pun buntu, dari mana sebenarnya kita harus bermula?

Buku Biar Sedikit oleh Ustaz Zarifi Daud ini memberikan perkongsian santai dan panduan mudah dengan amalan-amalan yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga dengan kehadiran buku ini dapat membantu dan memandu kita yang sentiasa ingin menjadi lebih baik dari semalam, insyaAllah.

Out of stock

Waktu Operasi Isnin – Jumaat

9.00 a.m. - 5.00 p.m

Penghantaran percuma

Pembelian minimum RM250

Langkah Pembelian Mudah

Pilih → Tambah Ke Troli → Bayar

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa