Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Asuhan Budi – Za’aba

RM65.00

Out of stock

Description

Dalam karya Asuhan Budi Menerusi Islām, Za’ba menegaskan peranan agama sebagai asas penting bagi pemantapan tingkah laku bangsa Melayu. Pada pendapat Za’ba, usaha membaiki akhlak orang Melayu perlu disandarkan pada agama kerana agama Islam menjanjikan pahala dan dosa serta balasan syurga dan neraka dan asas itu dapat menjadi dorongan orang Melayu mematuhi perintah Tuhan dan mengelakkan larangan-Nya. Untung rugi di dunia dan di akhirat dapat menjadi pertimbangan untuk seseorang memilih untuk berbuat baik atau berbuat jahat. Secara tersirat Za’ba telah menyemaikan pentingnya menolak sekularisme, iaitu pemisahan kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Namun, berkali-kali Za’ba menegaskan peri pentingnya kekuatan pertimbangan akal dalam melaksanakan ajaran agama, bukan anutan dan amalan secara melulu, dengan pengertian pentingnya ajaran agama dipelajari dengan pemahaman yang betul dan mendalam.

Sejumlah 10 bab yang terkandung dalam buku ini memaparkan kupasan Za’ba untuk melaksanakan ‘asuhan budi’ bagi orang Melayu menurut pendekatan agama Islam yang benar. Bermula dengan beberapa bahasan tentang peri pentingnya menjaga kemuliaan sahsiah, seperti kewajiban kepada diri sendiri dalam ehwal diri yang zahir, harta benda dan kehidupan duniawi, Za’ba menegaskan peri pentingnya menitikberatkan kewajiban kepada diri yang batin atau diri yang hakiki, iaitu dalam ehwal didikan hati dan budi pekerti.

Buku ini merupakan edisi kedua bagi buku yang edisi pertamanya diterbitkan oleh H. M. Shah pada tahun 1958 dan diberi kata pengantar oleh Syed Nasir bin Ismail selaku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada waktu itu. Menurut kata pendahuluan pengarang sendiri, Asuhan Budi Menerusi Islām ialah versi yang telah disusun semula daripada bahan ceramah bersiri dalam rancangan agama di radio, dari pertengahan bulan Julai 1951 hingga akhir bulan Januari 1953. Bahan ceramah yang tersimpan selama lima tahun itu baru pada tahun 1958 diterbitkan atas permintaan Tuan H. M. Shah

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.