Sirajan Munira | Syaari Ab Rahman & Fakhrul Islam
Sirajan Munira Ñ memahami sirah sebagai 'tafsiran' al-Quran untuk generasi yang benar-benar mahu berubah.
Sudah tercatat dalam lembaran sirah, bahawa al-Quran berjaya melahirkan generasi manusia yang berkeperibadian mulia, iaitu para sahabat r.a.. Keteguhan prinsip, ketakwaan serta budi pekerti mereka cukup disegani sehingga masa kini. Namun, mengapa kita yang turut membaca kitab yang sama Ñ tidak berupaya meneladani mereka?
Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai "tafsiran" kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan.