Troli

Perjalanan Yang Tidak Direstui

Inspirasi . Keluarga . kembara . kisah benar . travelog
The pleasure of being lost is adventure. Itulah tujuan kami mengembara sebegini – untuk mencari adventure. Travelog memoir ini mengisahkan pengembaraan keluarga Dato’ Mohd Farid Ariffin, pengasas Majlis Kanser Nasional (MAKNA) – merealisasikan 'idea gila': untuk pulang ke Malaysia dengan memandu kereta Volkswagen Beetle pada bulan November tahun 1977 setelah menamatkan pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn, London. Berpandukan peta lipat, mereka sekeluarga memulakan perjalanan dari London menuju ke Dover dan menaiki feri merentasi masuk ke Perancis dan kemudiannya Belgium. Dari situ, mereka meneruskan perjalanan ke Switzerland, Itali, Greece, Turki dan Iran. Namun begitu, perjalanan mereka ternyata 'tidak direstui' oleh Tuhan. Ketika menuju ke sempadan Iran, kereta mereka terbabas dalam salji lebat lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di sebuah kawasan desa terpencil di timur Turki!
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.