Troli

Nuran Mubina

ilmu . Islam . mukjizat . tafsir
Dalam menelusuri arus kehidupan, panduan yang benar amat didambakan. Lantaran itu, al-Quran diturunkan sebagai cahaya yang menerangi setiap langkah perjalanan manusia. Kitab agung ini bukan sahaja dipersembahkan dalam keindahan bahasa yang tiada taranya, malah sarat dengan keajaiban dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya. Naskhah ini memuatkan pelbagai perincian berkenaan sudut keajaiban al-Quran, antaranya: Perbezaan sujud kepada Nabi Adam a.s. dengan selawat kepada Rasulullah SAW. Iblis menjelma menjadi Suraqah? Nabi Musa a.s. yang budiman. Hukum fizik dan pemusnah Abrahah. Dan banyak lagi topik menarik yang dibahaskan. Dengan tafsiran yang bersendikan dalil al-Quran dan hadis, penulis memandu para pembaca untuk mendalami keajaiban al-Quran yang sememangnya membuktikan bahawa – inilah mukjizat terunggul yang pernah diturunkan buat umat manusia.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.