Troli

Guru Bangsa Usahawan

Inspirasi . karangkraf . kegagalan . kejayaan . kepimpinan . legasi . motivasi . pengalaman . usahawan
“Daripada 10 perkara yang dibuat, saya berdepan 11 kali kegagalan. Namun itu bukan titik henti untuk terus melangkah.” – Dato’ Hussamuddin Yaacub Selama 45 tahun beliau membina Karangkraf daripada perniagaan kecil hingga menjadi salah satu jenama media paling berpengaruh di negara ini. Karangkraf telah melalui pelbagai ujian besar – daripada kilang terbakar, krisis industri cetak, hinggalah ledakan digital tahun 2013 yang mengubah seluruh landskap industri media. Buku ini menyusun kisah perjuangan tersebut buat masyarakat Melayu, khususnya usahawan dan profesional yang ingin membina legasi rentas generasi bersama visi akhirat – bertemu Ilahi di syurga-Nya nanti. Guru Bangsa Usahawan ditulis dalam gaya perbualan akrab dua sahabat, yang meletakkan para pembaca sebagai orang ketiga yang mendengar sendiri perbualan yang jujur dan penuh hikmah antara Roslan Ab Hamid dengan Dato’ Hussamuddin Yaacub.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.